Ads GA Leaderhead




Pantun Puasa Ramadhan Lawak Geli Hati
Pantun Ramadhan Selamat Menjalani Ibadah Puasa
Kata Ucapan Salam Ramadhan | Selamat Berpuasa
Kata-kata ucapan selamat datang Ramadhan Al Mubarak ditujukan buat kawan-kawan, sahabat rapat, teman baik, teman istimewa, kekasih hati. Selamat menjalani ibadah puasa. Moga pengisian Ramadhan tahun ini lebih bermakna.
Ucapan salam Ramadan Kareem buat mak ayah di rumah. Marhaban ya Ramadhan. Marilah kita melipat gandakan amalan kebajikan kita di bulan yang penuh keberkahan ini.
Mempersiapkan diri kita dalam menjemput malam Lailatul Qadar. Semoga kita menjadi hambaNya yang terpilih mendapat rahmat dan magfirahNya.
Saat yg dinanti umat islam seluruh dunia..terasa debarannya...lihat sepenuhnya UCAPAN SALAM RAMADHAN YANG MENYENTUH HATI di sini: UCAPAN SELAMAT DATANG RAMADHAN AL MUBARAK BUAT SELURUH UMAT ISLAM, MENARIK & TERBAIK
Selamat berpuasa you all.
Memaafkan Orang Yang Menyakiti Kita
Banyak kelebihan dan hikmah memaafkan orang lain. Jadi orang pemaaf, memaafkan orang yang menyakiti kita. Ada juga hadis berkaitan minta maaf lebih mulia daripada memaafkan. Betul. Sebaiknya kita jadilah orang yang ringan mulut untuk meminta maaf. Walaupun bukan pihak kita yang melakukan kesalahan. Ianya sikap yang mulia.
Nak tahu hadits tentang sifat pemaaf, boleh rujuk dalam video. Bila meminta maaf ia menjernihkan hubungan yang tegang. Mendamaikan kedua-dua pihak yang bertelagah. Bukankah mendatangkan kebaikan. Mulianya orang yang suka meminta maaf.
Berurusan dengan seseorang, mungkin ada terjadinya salah faham. Masing-masing tidak mahu mengalah, pasti menimbulkan ketegangan.
Konflik antara 2 pihak
Bertelagah
Bersengketa
Tidak mahu bertegur sapa
Akhirnya memutuskan persaudaraan
Meminta maaf itu..sikap yang mulia. Apatah lagi jika bukan salahnya...lihat sepenuhnya di sini: Jadi Orang Pemaaf | Memaafkan Orang Yang Menyakiti Kita
Mulut Jahat Suka Menyakiti Hati Orang Lain
Pernah jumpa kawan yang suka menyakiti hati orang lain? Suka cakap lepas tanpa memikirkan perasaan orang tersebut. Sehinggakan mereka berkecil hati, terasa hati. Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur kalau terlajak kata, haa tanggung la dosa suka mengata orang.
Mereka yang suka mengguris hati orang sememangnya mulut jahat. Asyik mencarut saja kerjanya. Tanpa memikirkan perasaan orang lain. Perbuatan keji macam ni eloklah kita hindarkan. Daripada bercakap benda tak berfaedah, diam lebih baik. Tidak menyakiti hati orang. Kerana mulut badan binasa, haaa sampai pernah masuk berita kesan dan akibat jika kita bercakap sesuka hati hingga menimbulkan kemarahan orang.
Nak mencarut?
Cubalah sedaya upaya menahan diri daripada bercakap kotor atau menyakitkan hati orang lain. Ianya perangai menjelikkan!
Rasulullah bersabda:
“Iman seseorang tidak akan sempurna kecuali apabila hatinya bersih. Dan hati seseorang tidak akan bersih apabila lisannya terjaga daripada ucapan yang kotor dan keji.”
Sebab itu, setiap kali hendak...sepenuhnya lihat di sini: Menyakiti Hati Orang Lain | Mulut Jahat Itu Jelik, Diam Lebih Baik
Cara Mendidik Anak Untuk Sholat
Cara mendidik anak sholat. Macam mana nak ajar anak solat. Cara menarik minat untuk solat terutamanya anak kecil di rumah. Cara menyuruh anak sholat tanpa paksaan. Anak dengan rela hati ikut serta solat.
Berikut merupakan tips didikan anak, didik anak cinta solat. Semoga membantu. Didiklah anak-anakmu bersembahyang. Bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya. Ajarkan anak sembahyang sejak umurnya masih kecil, supaya mereka tahu akan tanggungjawab melaksanakan solat.
Cara Mendidik Anak Untuk Sholat:
1. Sholat di depan anak contohnya di ruang tamu. Meniru aksi sholat ibu bapanya. Ini adalah langkah pertama membuatkan anak-anak minat akan sholat. Sumber: blog akuislam(dot)com
2. Mengajak anak sholat bersama. Walaupun anak masih kecil...sepenuhnya lihat di sini: Video Didik Anak Sholat | Didiklah Anak-Anakmu Bersembahyang
Sholat Tapi Masih Melakukan Dosa
Pernah jumpa orang yang solatnya mencukupi tapi masih melakukan dosa? Seumpamanya juga dengan sholat tapi maksiat, sholat tapi berzina, sholat tapi mulut jahat, sholat tapi tak puasa. Bolehkah sebegitu? Ikuti kupasan dalam video dikongsikan.
Ada juga orang sholat tapi tidak khusyuk. Sayalah salah seorangnya. Awalnya nak fokus dalam solat, tanpa sedar ada sedikit kelalaian yang membuatkan diri sendiri tidak kusyuk bersolat. Berusaha untuk mencukupkan sembahyang 5 waktu.
Nasihat untuk semua, didiklah diri sendiri untuk solat. Kemudian didik anak-anak belajar solat. Dengan bersolat kita dapat mendekatkan diri dengan Allah. Menimbulkan rasa kagum akan keagungan Allah. Bahkan menerbitkan rasa gentar akan kemurkaan Allah. Sekalipun jika kita seorang pendosa, semua layak untuk mengerjakan solat. Memohon keampunan padaNya.
Azan dan ertinya:
Hayya ‘alas-salāh
Marilah sembahyang.
Hayya ‘alal-falāh
Marilah menuju kejayaan.
Allahu akbar Allahu akbar
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Lā ilāha illallāh
Tiada Tuhan melainkan Allah.
Bila azan sudah berkumandang, segeralah angkat. Ambil wuduk dan terus solat. Bila bertangguh semakin malas nak tunaikannya. Sepenuhnya lihat di sini:
Sholat Tapi Masih Melakukan Dosa
Mendidik Diri Untuk Solat, Sembahyang 5 Waktu
Didiklah diri sendiri untuk solat. Kemudian didik anak-anak belajar solat. Sembahyang 5 waktu itu wajib bagi individu beragama Islam. Ia kewajipan atas perintah Allah SWT. Solat tiang agama bagi yang muslim.
Dengan bersolat kita dapat mendekatkan diri dengan Allah. Menimbulkan rasa kagum akan keagungan Allah. Bahkan menerbitkan rasa gentar akan kemurkaan Allah. Sekalipun jika kita seorang pendosa, semua layak untuk mengerjakan solat.
Orang yang sombong masuk neraka, orang bertaubat masuk syurga, mati husnul khotimah. Jadi janganlah jadi orang yang bongkak.
Azan dan terjemahan:
Hayya ‘alas-salāh
Marilah sembahyang.
Hayya ‘alal-falāh
Marilah menuju kejayaan.
Allahu akbar Allahu akbar
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Lā ilāha illallāh
Tiada Tuhan melainkan Allah.
Ayuh solat kawan semua. Sepenuhnya lihat di sini: Video Didik Untuk Solat Walaupun Kau Pendosa
Ayat Sentap Agama Menusuk Jiwa
Kata-kata ayat sentap dakwah / ayat sentap agama. Pesanan buat kawanku juga termasuk diri ini selami ayat deep, ayat sentap menusuk jiwa. Tersentuh hati membacanya. Sebagai peringatan kita bersama. Untuk sahabatku marilah kita sama-sama berubah ke arah lebih baik.
Quotes sentap yang menyedarkan. Kata-kata sentap untuk dakwah sentap kawan. Diri ini dah tersentap haruslah nak heret kawan sekali. Untuk kebaikan. Kita kongsi benda yang baik-baik. Ayat tarbiah terbaik.
Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa... Solatlah walaupun keadaan terpaksa... Puasalah walau keadaan terpaksa... Berzakatlah walau keadaan terpaksa... Kerana kewajipan itu memang kadang kala sifatnya terpaksa.
Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya....lihat sepenuhnya di sini: Ayat Sentap Dakwah Menusuk Jiwa
Cara Menjadi Mukmin Yang Sejati
Semua orang ingin menjadi mukmin sejati. Bagaimana cara menjadi mukmin yang sejati? Yang mana wanita teringin nak berubah ke arah muslimah sejati, berubah ke arah lebih baik, dengan memperbaiki diri, sama ada menambah baik akan sikapnya, amalan kebajikannya, memperbaiki cara solatnya.
Sebagai khalifah Allah/ hamba Allah kita tahu kehidupan kita di dunia ini adalah sebagai ujian. Pernah tengok rancangan tv Islam itu indah? Banyak perihal hal keagamaan disampaikan. Ilmu yang berharga untuk kita memperbaiki diri sebagai seorang muslim, sebagai mukmin sejati.
Bagaimana cara menjadi mukmin yang sejati? Orang mukmin yang memiliki sifat orang beriman. 6 ciri orang beriman. Antaranya..
1. Khusyuk dalam solat,
2. Menjauhkan diri dari perkara yang tiada berguna
3. Menunaikan zakat
4. Menjaga kehormatan diri
5. Memelihara amanah
6. Janji serta memelihara solat
Orang yang beriman apabila disebut nama Allah, hatinya akan gementar dan apabila dibaca ayat al-Quran akan...sepenuhnya lihat di sini: Cara Menjadi Mukmin Yang Sejati | Hamba Allah Bertaqwa
Mengadu Domba Si Mulut Longkang
Khas buatmu si mulut jahat, apa kau peduli. Bila aku sakit hati, beginilah cara layan mulut longkang, orang yang suka mengadu domba. Tahu apa itu mengadu domba. Orang yang suka membawa mulut, menambah nokok cerita yang akhirnya menjadi pencetus pergaduhan, perkelahian, persengketaan.
Menjadi batu api di antara 2 pihak yang bakal bertelagah. Sikap teruk macam ni jangan diikuti. Mulut busuk hati pun busuk, hadoi. Takutlah akan berbuat dosa besar, dosa memfitnah orang. Tidak masuk syurga tau orang yang suka buat fitnah. Yang baik kita ikuti, yang jahat kita jauhi.
Hari ini kau datang lagi
Melemparkan senyuman
Meminta balasan
Jika kedatanganmu penuh keikhlasan
Aku alu-alukan
Ceritamu begitu begini
Aku mendiamkan diri
Tidak mahu mencampuri
Tidak mahu menyebelahi
Diam tanda mengerti
Perkara ini tidak perlu...lihat sepenuhnya di sini: Apa Kau Peduli Si Batu Api



