Ads GA Leaderhead

Lagu Hari Malaysia: Standing In The Eyes Of The World

Lagu sambutan Hari Malaysia: Standing In The Eyes Of The World. Jom sama-sama nyanyi lagu patriotik Malaysia - Standing In The Eyes Of The World nyanyian Ella. Hayati lirik lagu Standing In The Eyes Of The World, menyampaikan mesej bermanfaat buat kita semua. Happy Malaysia Day.. Jom bersatu padu! Sehati Sejiwa! Selamat menyambut Hari Malaysia!


Lirik Lagu Standing In The Eyes Of The World
Penyanyi: Ella

Pahit Getir Hidup Dan Pengorbanan
Terpaksa Dihadapi Demi Kejayaan
Terdidik Sejak Mula Tabah Berusaha
Tanpa Cuba Melangkah Tak Ke Mana
Di Mana Kau Berada
Pencapaian Kau Berada
Pencapaian Tak Tiba Dengan Mudah

Kini Standing In The Eyes Of The World
Hanyalah Selangkah Dari Nyata
Keazaman Membara Di Jiwa
Menanti Saat Bebas Merdeka

Tiba Masa Kau Melangkah Gagah
Bersemangat Ke Arah Matlamat Sedaya Upaya
Engkau Terunggul
Wajar Standing In The Eyes Of The World

Harapan Yang Pernah Terkulai Layu
Kembali Segar Mekar Bawah Bayanganmu
Setiap Manusia Ingin Berjaya
Namun Tak Semua Miliki Tuah
Engkau Menghampirinya
Kesempatan Telah Pun Tiba

Menyuntik rasa cintakan negara setiap kali dengar lagu ni.. Lagu Hari Malaysia: Standing In The Eyes Of The World - Ella. Selamat menyambut Hari Malaysia buat semua.. Orang Melayu, orang Cina, orang India, kaum bumiputera, kita semua rakyat Malaysia! Mari kita bersatu hati menuju kejayaan, mengutamakan perpaduan. 16 September hari istimewa untuk negara kita. Happy Malaysia Day!

No comments:

Post a Comment