Cara tukar alamat surat menyurat
Amanah Saham Bumiputera (ASB). Persoalan yang sering timbul, saya dah
berpindah macam mana nak tukar alamat ASB? Bagaimana kita nak update/ tukar
alamat pengeposan surat dari ASB? Apa yang anda perlu lakukan hanyalah kemaskini
alamat terbaru surat menyurat ASB anda. Ada 2 cara untuk buat pertukaran
alamat ASB.
Cara Tukar Alamat Surat Menyurat ASB
Cara Pertama
Download borang penukaran butir
peribadi di dalam website asnb.com.my, isi dengan lengkap borang tersebut dan
fax ke customer service ASNB. Download borang tukar alamat ASB di sini: Borang
Penukaran Butir Peribadi ASNB
Cara Kedua
Pergi ke mana-mana kaunter ASNB, isi borang
BS4 selengkapnya. Pertukaran alamat surat menyurat ASB akan dibuat serta merta.
Panduan Mengisi Borang Tukar Alamat ASB
Untuk memudahkan anda mengisi
borang pertukaran alamat surat menyurat ASB, anda boleh rujuk di bawah.
1. Nama borang tersebut adalah BORANG
PENUKARAN BUTIR-BUTIR PERIBADI ASNB. Kepada pemegang unit yang dihormati, Pihak
ASNB akan menyatukan semua maklumat peribadi tuan/puan, khususnya alamat dengan
menggunakan maklumat yang terkini di dalam rekod ASNB. Oleh itu dimohon
kerjasama pihak tuan/puan untuk mengemaskini alamat surat menyurat,
nombor telefon dan butiran peribadi yang terkini.
Contoh borang tukar alamat ASB |
2. Tandakan jenis skim ASNB yang
anda ambil. [Pilihan ASB, ASW 2020, ASM, ASD, ASN, ASN 2, ASN 3, ASG]
3. Tandakan jenis akaun [Dewasa
atau remaja/bijak]
4. Isi maklumat pemegang unit [Nama,
nombor ahli ASNB, nombor KP/sijil lahir]
5. Tandakan permohonan penukaran
yang ingin anda buat [alamat surat-menyurat, nombor telefon bagi rumah atau
pejabat, nombor telefon bimbit, emel, pekerjaan]. Dalam kes ni, anda nak buat
penukaran alamat, so anda tick pada alamat surat-menyurat.
6. Makluman: PENGESAHAN PEMEGANG
UNIT/PENJAGA BERDAFTAR. Saya, seperti nama dan kad pengenalan yang tertera di
atas, mengesahkan bahawa butir-butir maklumat seperti di atas adalah benar.
Saya memahami bahawa ASNB tidak akan bertanggungjawab sekiranya didapati
mana-mana butiran di atas yang telah diberikan adalah tidak benar atau palsu. Saya
bersetuju membenarkan pihak ASNB mengemaskini semua butiran tersebut di
semua tabung unit amanah saya yang
telah berdaftar dengan pihak ASNB.
7. Isi tarikh
8. Tandatangan/cap ibu jari kiri
bagi pemegang unit/penjaga berdaftar
Buku ASB [buku akaun dewasa ASB dan buku akaun remaja ASB] |
Baca juga: Cara
tukar alamat surat-menyurat Maybank
Mengapa Perlu Penukaran Butir Peribadi ASB
Yang Lengkap Dan Terkini
Kenapa pemegang unit ASNB atau penjaga
berdaftar perlu membuat permohonan penukaran butir peribadi ASB? Penukaran
butir peribadi adalah bagi memastikan maklumat penting seperti nama dan nombor
kad pengenalan di rekod ASNB adalah sama dan betul seperti maklumat yang
tertera di dokumen pengenalan diri pemegang unit.
Apakah implikasi sekiranya maklumat
peribadi pemegang unit ASB/ penjaga berdaftar di rekod ASNB berbeza atau ada
kesilapan? Pemegang unit/ penjaga berdaftar tidak boleh membuat urus niaga
apabila terdapat perbezaan maklumat di rekod ASNB.
Adakah pemegang unit perlu
mengemaskini alamat setiap kali berpindah kediaman? Ya perlu. Pemegang unit sentiasa
dinasihatkan untuk mengemaskini alamat surat menyurat di rekod ASNB bagi tujuan
penghantaran dokumen (seperti laporan tahunan dan penyata pengagihan pendapatan)
ke alamat yang betul dan terkini.
Artikel menarik:
Kini, fahamlah kita mengapa kita
perlu update alamat terbaru kita bagi tujuan penghantaran surat dari Amanah
Saham Bumiputera. Jika anda telah berpindah ke kediaman baru, silalah kemaskini
maklumat anda di ASNB. Moga perkongsian cara tukar alamat surat menyurat ASB
membantu anda yang turut sama nak buat pertukaran alamat ASB. Moga bermanfaat.
then hantar ke mana ya?
ReplyDeletesurat asb akan hantar ke alamat terkini yang telah dikemaskini
DeleteKalau tukar alamat online blh x misalnya tukar alamat melalui app myasnb
ReplyDelete