Amanah Saham Nasional 2 (ASN 2)

Jom menabung ASN2! Pelaburan Amanah Saham Nasional 2 (ASN 2) boleh didapati dalam bentuk buku pelaburan dan KWSP. Berapa dividen Amanah Saham Nasional 2? Yang tu kena kemaskini buku pelaburan ASN 2 kita. Yang nak tahu lebih terperinci tentang pelaburan ASN 2 boleh layari laman web Amanah Saham Nasional 2 online di http://www.asnb.com.my.  

amanah saham nasional 2 (asn 2), amanah saham nasional 2 online, amanah saham nasional 2 dividen
Amanah Saham Nasional 2 (ASN 2)

Artikel menarik…ketahui:

Amanah Saham Nasional 2 dividend history
PNB declares 3.45 sen dividend for Amanah Saham Nasional 2 for financial year 2015. While in 2014, PNB announced 6.90 sen dividend for ASN 2.

Harga semasa Amanah Saham Nasional 2
ASN telah bermula pada tahun 1981 lagi dan terbuka kepada semua bumiputera Malaysia untuk melabur. ASN merupakan Saham Amanah bersifat equity fund yang pada asalnya nilainya ditetapkan RM1.00 seunit sama seperti ASB dan ASW2020 pada masa ini. Walau bagaimanapun pada tahun 1991 saham ASN telah diapungkan mengikut harga pasaran semasa dengan saiz dana sebanyak 2.5 bilion unit telah ditawarkan.

Objektif Amanah Saham Nasional 2
Objektif pelaburan ASN 2 memberi peluang kepada pemegang-pemegang unit untuk mendapat pulangan dalam bentuk pengagihan pendapatan dan pulangan modal pada tahap risiko yang berpatutan melalui pelaburan dalam kepelbagaian portfolio sekuriti, terutamanya dalam ekuiti sekuriti Malaysia selaras dengan Suratikatan, Garis Panduan dan undang-undang sekuriti.

Pelabur Sasaran Amanah Saham Nasional 2
Pelabur yang memahami risiko dan pulangan pelaburan dan mencari peningkatan modal bagi jangka masa sederhana ke panjang.

Kelayakan Memohon Amanah Saham Nasional 2
Syarat kelayakan buat buku akaun Amanah Saham Nasional 2 (ASN2):
- Bumiputera
- umur 18 tahun ke atas

Harga Amanah Saham Nasional 2 Seunit
Harga Jualan dan belian adalah pada NAB seunit. Pemegang unit akan dikenakan caj jualan pada kadar 5% seunit.

Pelaburan permulaan minimum
Buku Pelaburan: 100 unit

Pelaburan tambahan minimum
Buku pelaburan: 100 unit
KWSP: 1,000 unit

Pelaburan maksimum Amanah Saham Nasional 2
Tiada had, tertakluk kepada peruntukan saiz tabung.

amanah saham nasional 2 (asn 2), amanah saham nasional 2 online, amanah saham nasional 2 dividen
Buku akaun Amanah Saham Nasional 2 (ASN 2)

Adakah Amanah Saham Nasional 2 dikenakan caj jualan balik? Tiada. Berapa caj jualan ASN2? 5% dari NAB Seunit (Bukan KWSP). 3% dari NAB Seunit (KWSP). Pembayaran jualan balik ASN 2 akan diberikan serta-merta kecuali mereka yang melabur melalui Skim Pelaburan Ahli KWSP, jumlah wang jualan balik akan dimasukkan semula ke KWSP. Tahun kewangan berakhir sentiasa dihitung pada penghujung bulan Disember iaitu pada 30 Jun. Pengiraan dividen Amanah Saham Nasional 2 akan dilakukan.

Penutupan akaun ASN 2 dan kelayakan bagi pengagihan pendapatan
Berdasarkan Surat Ikatan tabung-tabung unit amanah, ASNB berhak menutup akaun Amanah Saham Nasional 2 (ASN 2) sekiranya baki akaun berada di bawah had pelaburan minima yang terkandung di dalam Prospektus Induk. Oleh itu, pemegang unit adalah dinasihatkan supaya mengekalkan had pelaburan minima sepanjang tahun kewangan tabung unit amanah bagi mengelak penutupan akaun tersebut, yang juga boleh menjejas kelayakan pemegang unit untuk pengagihan pendapatan, jika ada.

Prestasi tabung Amanah Saham Nasional 2 dari tahun 2013 hingga 2015
Tahun berakhir 30 Jun  
2013
2014
2015
Kadar pengagihan pendapatan seunit (sen)
7.10
6.90
3.45
Jumlah pulangan (%)
14.13
9.47
-2.57
NAB seunit tertinggi (RM)
1.3783
1.4135
1.3586
NAB seunit terendah (RM)
1.1948
1.2447
0.6174

Agihan dividen Amanah Saham Nasional 2 pada tahun 2013 hingga 2015 alami penurunan.  Tahun 2015 dividen Amanah Saham Nasional 2 pada nilai RM3.45 seunit. Jumlah pulangan pelaburan ASN2 tahun 2013 sebanyak 14.13%, tahun 2014 9.47%, manakala tahun 2015 jumlah pulangan -2.57%. Untuk tahun 2016 - 2017, agaknya berapa la agihan dividen Amanah Saham Nasional 2 (ASN 2). Kita tunggu pengumuman bulan Jun tahun depan.

No comments:

Post a Comment