Ads GA Leaderhead

Cara Tukar Alamat Surat Menyurat Maybank

Panduan bagaimana proses pertukaran alamat bank Maybank | Surat dari Maybank biasanya lambat sampai kepada aku gara-gara alamat lama yang masih tertera kat surat tersebut. Jadi aku pun google cara tukar alamat surat menyurat Maybank. Yeah jumpa! Senang je rupanya. Macam mana nak update/ tukar alamat surat menyurat Maybank? Meh aku story kat bawah.


Untuk memastikan surat Maybank sampai ke tangan aku tepat pada masanya, aku perlu ambil langkah kemaskini alamat terbaru surat menyurat Maybank. Menerusi apa? Guna Maybank2u je. Mudah! Ikuti panduan menukar address Maybank.

tukar alamat surat menyurat maybank, bagaimana proses pertukaran alamat bank maybank, macam mana nak update/ tukar alamat surat menyurat maybank
Tukar alamat surat menyurat maybank menerusi online melalui M2U / Maybank2u


Cara Tukar Alamat Surat Menyurat Maybank
1. Buat penukaran alamat surat menyurat Maybank anda melalui M2U. Login akaun Maybank2u anda.
2. Pergi ke bahagian Personal Details dan isi Update Contact Info. Ataupun boleh klik sahaja dari SINI. Nak lagi mudah tukar alamat Maybank, ikuti panduan berdasarkan video di atas.
3. Pilih update contact ADDRESS pada bahagian update contact info [Update your contact address, phone number and email]. Request untuk TAC. Nombor TAC akan dihantar ke handphone kita dan isi bahagian TAC dengan nombor tersebut.
4. Kemaskini alamat terbaru surat menyurat Maybank pada bahagian Update Address - Step 1 of 3 [Edit your address details]. Alamat lama akan tertera di situ, sila isi alamat terbaru anda.
5. Sahkan maklumat terkini anda untuk membuat penukaran alamat surat menyurat Maybank pada bahagian update Address - Step 2 of 3 [Confirm the details or go back to make changes]. Alamat terkini akan dibatalkan. Diganti dengan alamat terbaru anda.
6. Status pengesahan anda telah berjaya membuat penukaran alamat surat menyurat Maybank. Lihat pada Update Address - Step 3 of 3 [Confirmation status]. Yey! Berjaya!!

Tahniah, kini surat dari Maybank akan sampai ke tangan anda dengan jayanya. Tak perlu risau lagi. Moga perkongsian cara tukar alamat surat menyurat Maybank membantu anda yang nak buat penukaran alamat bank Malayan Banking Berhad. 

No comments:

Post a Comment