Sinopsis Drama Suamiku Paling Sweet TV3

Sinopsis Drama Suamiku Paling Sweet TV3 | Suamiku Paling Sweet mengisahkan Qisya terpaksa mengikut kata mamanya, menjadi orang gaji di rumah kawan mamanya. Qisya diminta menjadi pengasuh sementara kepada cucu Puan Fatma, Hafiey. 

Namun, satu peristiwa mengubah hidupnya bila dia terpaksa menjadi isteri kepada Izz Haikal dan mummy Hafiey orang dalam usia yang cukup muda, 22 tahun. Marah. Benci. Tak boleh terima kenyataan. Cukup membayangkan perasaan Qisya sehingga hampir sahaja Izz Haikal diterajangnya pada malam perkahwinan mereka. Tapi, berbeza pula dengan penerimaan Izz. Hanya tenang dan menerima semuanya.

Qisya pada mulanya memberontak sehingga meninggalkan Izz dan Hafiey selepas diijab kabulkan. Setelah dipujuk dan Izz memberi ruang kepadanya untuk menenangkan diri, akhirnya Qisya kembali semula ke pangkuan Izz dan Hafiey dengan syarat tiada seorang pun akan mengungkit pasal peristiwa yang menyebabkan mereka dikahwinkan.

Cincin tersarung di jari Qisya menandakan kesudian Qisya untuk terus hidup bersama Izz. Hari demi hari berlalu, cukup untuk Izz leburkan hati Qisya. Diikutkan saja kepala isterinya yang masih remaja itu. Saksikan segalanya dalam drama Suamiku Paling Sweet di kaca tv anda.

Pelakon Drama Suamiku Paling Sweet TV3
Mawar Rashid sebagai Qisya Iris
Syafiq Kyle sebagai Izz Haikal
Nik Adam Mika sebagai Hafiey
Fazren Rafi sebagai Qairul
Aedy Ashraf sebagai Hakimi
Natasya Mahyan sebagai Maya

Sinopsis drama Suamiku Paling Sweet‬ TV3, pelakon dan gambar drama Suamiku Paling Sweet‬ TV3, Suamiku Paling Sweet‬ episod akhir – episod 28
Gambar Drama Suamiku Paling Sweet TV3
Tonton drama Suamiku Paling Sweet
Tarikh Suamiku Paling Sweet disiarkan: Ogos 2016
Jumlah episod drama Suamiku Paling Sweet: 28
Suamiku Paling Sweet episod akhir – episod 28
Saluran: TV3

No comments:

Post a Comment