Kesan
buruk dan bahaya main game Pokemon Go jika terlalu leka dan obses. Game Pokemon
Go jadi kegilaan orang ramai! Permainan Pokemon Go kini popular merata dunia. Yang
belum pernah main game ini, mesti tertanya-tanya apa itu Pokemon Go. Bermulalah
pencarian info tentang game Pokemon Go. Ramai yang obses bermain permainan Pokemon
Go di mana pemain akan memburu makhluk maya berwarna-warni dalam watak Pokemon.
Kalau
tengok kat tv, banyak berita menghebahkan kesan permainan Pokemon Go. Malah
kontroversi kesan buruk main game Pokemon Go juga tak kurang hebatnya. Paling
menakutkan, permainan Pokemon Go ini telah meragut beberapa nyawa.
Kesan buruk dan bahaya main game Pokemon Go:
- Seorang
remaja terbunuh manakala sepupunya parah ditembak ketika bermain Pokemon Go di
Guatemala.
-
Terlalu asyik bermain Pokemon Go, mangsa terlibat dalam kemalangan.
Main game Pokemon Go undang bahaya di jalan raya, mengakibatkan kemalangan maut! |
Seorang
ulama terkenal Mesir memberi amaran mengenai bahaya jika terlalu asyik bermain permainan
Pokemon Go. Timbalan Sheikh di Universiti Al-Azhar, Abbas Shumman, berkata
permainan itu menjadikan seseorang leka, mengabaikan tugas utama dan mungkin
meletakkan mereka dalam bahaya.
Kes paling
unik yang ni: Seorang penjenayah yang menjadi buruan pihak berkuasa berjaya
ditangkap selepas dia terlalu asyik bermain Pokomen Go di Amerika Syarikat. Mangsa
ditangkap kerana kelakuannya yang agak mencurigakan di hadapan balai polis. Mangsa
merupakan penjenayah dikehendaki!
Kesimpulannya,
mana-mana game telefon pintar kalau kita terlalu leka melayan, terlalu asyik
bermain sehingga menjejaskan aktiviti rutin harian kita memang sesuatu yang memberi
kesan negatif dalam hidup kita.
Begitu
juga dengan game Pokemon Go ni. Main di tempat yang salah kita bakal berdepan
maut! Umpamanya di jalan raya. Bahaya woo. Main kat tempat kerja pulak, bakal
menjadikan kita tak produktif. Ingat, jangan obsess bermain game, ketahuilah.. terlalu
leka dengan permainan game Pokemon Go bakal mengundang bahaya!
Artikel menarik:
Artikel menarik:
No comments:
Post a Comment