Drama Umairah TV3

Sinopsis Drama Umairah TV3 | UMAIRAH mengisahkan perjalanan hidup yang dilalui oleh seorang wanita bernama Puteri Nur Umairah Dato Amir. Puteri sulung kepada seorang jutawan dan usahawan terkenal iaitu Dato’ Amir yang juga pemilik syarikat perkapalan terkemuka negara, Garuda Global. 

Ibunya Datin Sumaiyyah meninggal dunia ketika melahirkan adiknya, Puteri Nur Sabrina. Umairah dan Sabrina dibesarkan oleh papa mereka, Dato’ Amir dan pembantu rumah mereka yang dikenali sebagai Tokma . Perlakuan dan sifat Umairah dan Sabrina ketara berbeza. Umairah gadis yang lemah lembut dan bersopan santun serta penyabar. Manakala Sabrina pula kasar perlakuannya, suka memberontak dan lebih agresif. Namun dia sangat rapat dan sayangkan kakaknya.

Umairah sabar dan tabah dalam menghadapi pelbagai ujian. Bagaimana dia mencari kebenaran diatas apa yang terjadi pada adiknya Puteri Nur Sabrina. Bagaimana dia bangkit dari kekecewaan apabila melihat cinta hatinya Adam berkahwin dengan orang lain. Malah dirinya sendiri telah dijodohkan dengan orang kepercayaan ayahnya iaitu Shahrizal. 

Siapakah Shahrizal ni sebenarnya?Saksikan drama lakonan Lufya Omar, Amar Asyraf, Shah Iskandar, Rahim Jailani, Dilla Ahmad, Shiqin kamal, Shah Sulaiman, Octovia Manrose, Kodi Rasheed, Baby Sofea menerusi drama Umairah di kaca tv anda.

Pelakon Drama Umairah TV3
Lufya Omar sebagai Puteri Nur Umairah
Amar Asyraf sebagai Shahrizal
Shah Iskandar sebagai Adam
Octovia Manrose sebagai Puteri Nur Sabrina
Shiqin Kamal sebagai Nadia
Shajiry sebagai Andy
Rahim Jailani sebagai Dato’ Amir
Dilla Ahmad sebagai Maryam
Anne Abdullah sebagai Datin Rubiah
Shah Sulaiman sebagai Amar
Baby Sofea sebagai Aisyah

Sinopsis drama Umairah TV3, pelakon dan gambar drama Umairah TV3, Umairah episod akhir – episod 15
Gambar Drama Umairah TV3

Tonton drama Umairah
Tarikh Umairah disiarkan: September/ Oktober 2016
Jumlah episod drama Umairah: 15
Umairah episod akhir – episod 15
Saluran: TV3

No comments:

Post a Comment