Ads GA Leaderhead

Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)

Kenali Apa Itu Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) | Apa beza taska dan Tabika KEMAS? Kalau tabika tu semua orang tahu, umur anak 4 tahun dah boleh daftar tadika, untuk taska pula ia merupakan pusat asuhan kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun.

Maksud Taska ialah mana-mana premis yang menerima masuk empat (4) orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat (4) tahun yang dijaga dalam satu isi rumah dan dibayar dengan upah, itulah definisi taska dan tadika.

apa maksud taska, beza taska dan tabika kemas, taska permata, tadika awam, definisi taska dan tadika, sijil kursus asas asuhan kanak kanak, contoh aktiviti kanak-kanak taska, akta taman asuhan kanak-kanak 1984 (akta 308), peraturan taman asuhan kanak-kanak 2012, kebaikan pusat asuhan kanak-kanak
Contoh aktiviti kanak-kanak Taska

Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) juga dikenali sebagai Program pengasuhan kanak-kanak KEMAS. Tujuan TASKA ditubuhkan untuk memberi peluang kepada ibu untuk bekerja, membuka ruang untuk golongan ibu menambah pendapatan keluarga. Yang menariknya kanak-kanak di bawah asuhan TASKA akan diberi program pendidikan. Bagus la kan, pendedahan tentang pendidikan di usia masih kecil.

Objektif Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)
Kebaikan pusat asuhan kanak-kanak TASKA adalah seperti berikut:
Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan pengasuhan kanak-kanak dalam suasana yang selamat, ceria dan selesa.
Menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh, seimbang dan bersepadu
Menyediakan makanan seimbang dan berkhasiat bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak serta mengamalkan gaya hidup sihat.
Menerapkan nilai-nilai murni supaya kanak-kanak dapat menghayati dan mengamalkannya sejak kecil
Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang baik melalui aktiviti fizikal.

Konsep Taska
Pelaksanaan Program TASKA berkonsepkan ‘Kasih Sayang, Kemesraan dan Galakan'.
Melalui program ini kanak-kanak diasuh di tempat dan persekitaran yang selamat, penuh kasih sayang dan galakan yang dapat membantu perkembangan kanak-kanak yang sempurna. Sumber: Taska

apa maksud taska, beza taska dan tabika kemas, taska permata, tadika awam, definisi taska dan tadika, sijil kursus asas asuhan kanak kanak, contoh aktiviti kanak-kanak taska, akta taman asuhan kanak-kanak 1984 (akta 308), peraturan taman asuhan kanak-kanak 2012, kebaikan pusat asuhan kanak-kanak
Maksud Taska ialah pusat asuhan kanak-kanak
  
Peranan Pengasuh TASKA
Bertanggungjawab dalam pengasuhan, menjaga keperluan asas, kebersihan, perhubungan yang sihat, menyediakan persekitaran dan merangsang perkembangan kanak-kanak di samping dengan ibu bapa. Nak jadi pengasuh Taska? Dapatkan sijil kursus asas asuhan kanak kanak.

Ada yang hantar anak ke taska, taska permata, ke tadika awam. Jika mana-mana TASKA tidak berdaftar atau TASKA yang berdaftar tetapi tidak mematuhi Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984, Peraturan TASKA (Pengkompaunan Kesalahan) 2011, Peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012 boleh dikenakan tindakan seperti berikut:

Kompaun maksimum RM5,000.00 bagi setiap kesalahan
Pembatalan Pendaftaran
Arahan TASKA ditutup sementara
Lak (seal)
Pendakwaan dan jika sabit kesalahan boleh :

didenda tidak melebihi RM10,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya;
bagi kesalahan kedua dan berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM 20,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.

Tempoh Masa Pengasuhan Kanak-Kanak Di TASKA
Tempoh masa pengasuhan sehari di TASKA ialah jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang berjumlah 6 hari seminggu. Terdapat juga perkhidmatan TASKA, terutamanya di luar bandar beroperasi separuh hari dari jam 7.30 pagi hingga 1.00 tengahari sahaja yang berjumlah 5 hari seminggu.

Pembelajaran & Pengajaran Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA)
TASKA KEMAS menggunakan Modul Asuhan Kanak-Kanak, Jabatan Kebajikan Masyarakat yang diintegrasikan dengan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Aktiviti dilaksanakan mengikut kebolehan, minat dan peringkat umur kanak-kanak 2 hingga 4 tahun.

Antara pembelajaran yang dipelajari oleh anak-anak di TASKA ialah:
Bahasa dan Komunikasi
Pendidikan Kerohanian dan Moral
Perkembangan Kognitif
Perkembangan Sosioemosi
Perkembagan Fizikal
Kreativiti dan Estetika

Berapa Bayaran Yuran Bulanan TASKA
Yuran bulanan TASKA ditetapkan oleh Jawatankuasa TASKA mengikut kemampuan ibu bapa dan masyarakat setempat. Yuran bulanan minimum RM 30.00 dan maksimum RM 180.00 untuk perkhidmatan seharian dari jam 7.30 pagi–5.00 petang dan 6 hari seminggu. Yuran bulanan minimum RM 10.00 untuk perkhidmatan separuh hari dari jam 7.30 pagi–1.00 tengahari dan 5 hari seminggu.

Syarat Daftar Anak Di Taska
Kumpulan sasar bagi pusat asuhan kanak-kanak di Taska ialah kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun. Jadi, kalau anda seorang ibu yang bekerja, mencari pengasuh anak semasa anda sedang bekerja, pilihlah Taska yang berdekatan.

No comments:

Post a Comment