Apa Itu Tabika KEMAS

Apa Itu Tabika KEMAS | Pengenalan Tabika KEMAS | Bila umur anak mencapai 4 tahun mesti kita dah start sibuk nak daftar anak di tabika. Apa itu tadika? Apa maksud tadika kemas? Buat ibu baru macam aku mesti nak tahu benda ni. Tabika KEMAS adalah program pendidikan awal kanak-kanak yang dianjurkan oleh KEMAS dikenali sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika). Pendaftaran tabika Kemas dibuka untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun.

Pendaftaran tadika Kemas 2016 telahpun dibuka, meh cepat isi borang pendaftaran tabika Kemas takut nanti dah penuh. Ada tabika perpaduan, tabika Kemas Johor, tabika Kemas Selangor, pilih tabika Kemas yang berdekatan dengan rumah anda. Oh ya, ada tawaran jawatan kosong guru tabika Kemas. Berminat nak jadi cikgu tadika? Terkini!!! JAWATAN KOSONG GURU TADIKA KEMAS 2017 ***

Apa itu tabika kemas, pengenalan tabika kemas, maksud tadika kemas, apa itu tadika, pengajaran dan pembelajaran tabika kemas, tabika kemas 2016, pendaftaran tadika kemas 2016, borang pendaftaran tabika kemas, tabika perpaduan, tabika kemas johor, tabika kemas Selangor, jawatan kosong guru tadika kemas, jawatan kosong tabika kemas 2016
Logo Tabika KEMAS

Konsep Tabika KEMAS ialah ‘Belajar Melalui Bermain' yang diselaraskan dengan sifat semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba. Kemudiannya murid tabika Kemas akan mempelajari kemahiran 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul). Anak buah aku dah pandai membaca start dari tabika lagi. Bagus betul guru tadika diorang.

Malahan murid tabika Kemas akan diajar dan diterapkan akan amalan nilai-nilai murni di sekolah. Budak yang nakal akan perlahan-lahan berubah menjadi budak yang baik. Bagus3x.. Anak buah aku agak nakal orangnya, bila masuk tabika Kemas, nakalnya agak berkurangan sedikit.

Objektif Tabika KEMAS
Menggalakkan perkembangan Sosial, Emosi, Fizikal, Intelek dan Rohani (SEFIR) kanak-kanak melalui pelbagai pendedahan dan interaksi ;
Menyedia dan mengembangkan kemahiran asas 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul) sebagai persediaan ke alam persekolahan ;
Meluaskan pengalaman, peluang belajar dan mengembangkan potensi individu kanak-kanak melalui pengajaran dan pembelajaran yang terancang, sesuai dengan peringkat umur, kemampuan, kebolehan dan minat kanak-kanak ;

Membentuk sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik ;
Memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian, kreatif dan mengembangkan sifat ingin tahu ; dan
Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan yang baik melalui makanan tambahan yang seimbang, aktiviti fizikal dan rutin harian.

Apa itu tabika kemas, pengenalan tabika kemas, maksud tadika kemas, apa itu tadika, pengajaran dan pembelajaran tabika kemas, tabika kemas 2016, pendaftaran tadika kemas 2016, borang pendaftaran tabika kemas, tabika perpaduan, tabika kemas johor, tabika kemas Selangor, jawatan kosong guru tadika kemas, jawatan kosong tabika kemas 2016
Baju uniform Tabika KEMAS / baju seragam murid tadika

Pengurusan Tabika KEMAS
Pengurusan, pengelolaan dan pemantauan Tabika ialah tanggungjawab dan kerjasama erat antara KEMAS dan masyarakat.
Pemaju Masyarakat / Guru Tabika
Bertanggungjawab dalam pengajaran dan pembelajaran, pengurusan aktiviti kokurikulum dan aktiviti penglibatan ibu bapa.
Pembantu Guru Tabika
Bertanggungjawab menyediakan makanan tambahan, menjaga kebersihan dan keceriaan kelas dan membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran.
Jawatankuasa Tabika
Bertanggungjawab dalam pengurusan dan pentadbiran Tabika, aktiviti kokurikulum dan aktiviti penglibatan masyarakat.
Penyelia Prasekolah
Membuat pemantauan pelaksanaan Tabika di peringkat parlimen.
Aktiviti

Aktiviti Kokurikulum Tabika KEMAS
Inilah modus pengajaran dan pembelajaran di Tabika KEMAS
Masa – 2 jam seminggu (1 jam setiap sesi selepas waktu kelas)
Aktiviti :
Kelas Fardhu Ain/Iqra'
Kelas Bahasa Inggeris
Kompang/Percussion
Seni mempertahankan diri
Seni Tari/senamrobik
Kokurikulum Tahunan :
Hari Potensi/Hari Kecemerlangan
Hari Sukan/Sukaneka/gotong royong
Lawatan Pendidikan/3K

Aktiviti dan Penglibatan ibu bapa dengan Tabika KEMAS
Ibu bapa digalakkan melibatkan diri secara aktif melalui kerjasama yang erat sebagai rakan kongsi dengan Tabika bagi tujuan meningkatkan kualiti dan kecemerlangan pendidikan anak-anak. Ibu bapa digalakkan terlibat dalam aktiviti-aktiviti seperti berikut:

Pendidikan
Membantu memperkukuhkan pendidikan anak-anak di rumah supaya terdapat kesinambungan pendidikan antara Tabika dan rumah, termasuk membantu membina bahan bantu mengajar untuk guru.

Pendidikan Keibubapaan
Bengkel dan kursus untuk ibu bapa yang dianjurkan oleh Tabika untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ibu bapa berkaitan pendidikan awal kanak-kanak.

Aktiviti Kokurikulum
Membantu guru dalam aktiviti kokurikulum, pelaksanaan Hari Potensi, sukaneka, penyampaian sijil dan lain-lain aktiviti yang bersesuaian dengan masyarakat setempat.

Aktiviti Keindahan, Keselamatan dan Kebersihan Tabika
Bersama dengan Ahli Jawatankuasa Tabika meningkatkan keindahan, keselamatan dan kebersihan dan keceriaan Tabika melalui aktiviti gotong-royong, sumbangan kewangan dan bahan untuk mengindahkan lanskap, menganjurkan kempen-kempen bulanan seperti Kempen Kebersihan, Menabung dan lain-lain.

Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Tabika KEMAS
Pemaju Masyarakat/guru Tabika KEMAS menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan diri, keperluan, kebolehan, bakat dan minat serta latar belakang kanak-kanak.

Tujuannya ialah untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna, berkesan dan mengembirakan. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah iaitu:

Apa itu tabika kemas, pengenalan tabika kemas, maksud tadika kemas, apa itu tadika, pengajaran dan pembelajaran tabika kemas, tabika kemas 2016, pendaftaran tadika kemas 2016, borang pendaftaran tabika kemas, tabika perpaduan, tabika kemas johor, tabika kemas Selangor, jawatan kosong guru tadika kemas, jawatan kosong tabika kemas 2016
Sesi pembelajaran murid Tabika KEMAS

Belajar Melalui Bermain
Proses pengajaran dan pembelajaran yang mengembirakan, meningkatkan keupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan halus, kemahiran berfikir secara inovatif, kritis dan kreatif serta membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan.


Pengalaman pembelajaran akan memberi kesan yang bermakna dan penguasaan kemahiran akan terbina dan membantu perkembangan ke tahap yang maksima.

Bertema
Pengajaran dan pembelajaran melalui satu tema atau topik yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan latar belakang kanak-kanak dijadikan sebagai alat untuk menguasai sesuatu kemahiran seperti bertutur, membaca, menulis, asas matematik dan berfikir di samping memberi peluang kanak-kanak meluaskan pengetahuan melalui tema yang dipilih.

Bersepadu
Proses pengajaran dan pembelajaran ini membantu kanak-kanak memahami hakikat kehidupan sebenar yang saling berkaitan antara satu sama lain dan bukannya sesuatu yang terpisah-pisah. Ini akan menyediakan kanak-kanak mendalamai atau meneroka sesuatu topik, banyak pilihan dan motivasi, menimbulkan kepuasan belajar, pembelajaran lebih aktif, menggembirakan, bermakna, meningkatkan daya imaginasi, kreatif, kemahiran berbahasa dan nilai murni.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Membantu proses pengajaran dan pembelajaran, memperolehi maklumat, berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan dengan rakan serta memperkaya pengalaman pembelajaran.

Pengelolaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini dikelolakan secara kelas, kumpulan dan individu yang dijalankan secara terancang.

Penilaian dan Rekod Perkembangan Kanak-kanak
Pemaju Masyarakat/guru Tabika akan membuat penilaian melalui proses pengumpulan maklumat perkembangan dan kemajuan kanak-kanak secara berterusan. Penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan mengenal pasti pelbagai kecerdasan dan potensi untuk dipertingkatkan serta pengukuhan.

Hasil penilaian membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan bagi mengembangkan potensi kanak-kanak. Rekod kesihatan dinilai dengan kerjasama Jabatan Kesihatan di peringkat daerah yang membuat pemeriksaan fizikal dan gigi secara berkala di Tabika. Sumber: Tabika

Pengajaran & Pembelajaran Tabika Kemas
Kurikulum
Tabika KEMAS mengguna pakai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) yang telah diwajibkan pengunaanya pada 1 Januari 2010 mengikut Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002) yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kanak-kanak yang belajar di Tabika KEMAS akan belajar mengikut 6 Tunjang Pembelajaran yang dilaksanakan secara bersepadu iaitu :-
Komunikasi
Kerohanian, Sikap dan Nilai
Kemanusiaan
Keterampilan diri
Perkembangan Fizikal dan Estetika
Sains dan Teknologi

Tempoh Masa
Tempoh pengajaran dan pembelajaran di Tabika KEMAS adalah 4 jam mulai jam 7.30 pagi hingga 11.30 pagi atau 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Kalau kat kampung aku tu, kelas tabika start jam 8.00 pagi.

Anak anda dah capai usia 4 tahun? Haa dah boleh daftar anak ke tabika Kemas dah. Anak buah aku masuk tabika Kemas dah boleh membaca walaupun ada tersekat-sekat sedikit. Itulah kelebihan hantar anak ke tabika Kemas. Menjadikan anak bijak pandai. Insha Allah..

No comments:

Post a Comment