Zika Sudah Masuk Malaysia: Kes Pertama Jangkitan Zika Di Klang

Kes virus zika di Malaysia: Kementerian Kesihatan mengesahkan seorang wanita yang baru pulang dari Singapura sebagai kes pertama jangkitan virus Zika di Malaysia. Sebelum ni aku pernah tulis – sehingga 29 Januari 2016 tiada kes zika di Malaysia. Namun pada 1 September 2016 kita digemparkan dengan berita kes wanita Klang telah dijangkiti virus zika. Bermakna virus zika sudah masuk Malaysia. Berita yang amat meresahkan!

Punca kes wanita Klang rakyat Malaysia dijangkiti zika
Wanita tesebut telah melawat anaknya di Singapura ekoran anaknya telah disahkan menghidap zika. Namun selepas pulang dari melawat anaknya di Singapura, wanita tersebut mengalami simptom atau tanda-tanda mendapat zika. Bila buat check up di klinik swasta, wanita tersebut disahkan mendapat jangkitan virus zika. Menjadikan kes tersebut, kes pertama rakyat Malaysia dijangkiti zika.

Berita zika sudah masuk Malaysia meresahkan ibu hamil dan wanita mengandung
Mendengar berita sebegini pastinya merisaukan ibu-ibu hamil. Bahkan mereka yang merancang ingin mengandung tahun ini pastinya berasa gerun bila mendapat tahu virus zika sudah masuk Malaysia. Bahaya virus zika ni. Kesan bahaya penularan virus Zika menyebabkan risiko kecacatan otak bayi dalam kandungan dan menyebabkan bayi lahir dengan masalah kepala kecil berbanding kepala bayi saiz normal. Komplikasi virus zika mengakibatkan gangguan perkembangan otak bayi.

kes virus zika di Malaysia, kes pertama jangkitan virus zika di malaysia, berita zika sudah masuk malaysia meresahkan ibu hamil dan wanita mengandung
Gambar bayi kesan jangkitan virus zika di Brazil
   
Ujian kencing wanita Klang tersebut pada 31 Ogos lalu adalah positif untuk Zika. Punca jangkitan zika disyaki berlaku di Singapura di mana pesakit mula mengalami tanda-tanda Zika pada hari yang sama dengan anaknya mula sakit di Singapura. Suami pesakit dan ahli keluarga yang tinggal serumah bersamanya sehingga kini masih belum menunjukkan simptom jangkitan Zika.

Kes pertama Zika yang dilaporkan di Malaysia menunjukkan bahawa mudah untuk dijangkiti virus ini dengan melawat tempat yang mengalami wabak seperti Singapura dan orang ramai perlu meningkatkan usaha menghapuskan nyamuk Aedes yang menjadi vektor pembawa penyakit Zika, denggi dan Chikungunya ini.

Moga wanita tersebut cepat sembuh. Moga virus zika tidak merebak ke tempat lain. Sebagaimana yang kita tahu virus zika ni disebarkan oleh nyamuk aedes aegypti. Moga pihak berwajib membuat langkah kawalan penularan virus zika di kawasan perumahan wanita berkenaan.

No comments:

Post a Comment