Bayi Merdeka Lahir 31 Ogos Dapat Hadiah

Kelebihan Dan Keistimewaan Bayi Merdeka Lahir 31 Ogos | Baby Merdeka Dapat Hadiah Akaun SSPN | Wah seronoknya si ibu dan ayah bila dapat tahu anak mereka lahir pada hari kemerdekaan. Tarikh lahir 31 Ogos 2016, bayi merdeka la ni! Bertuahnya! Hari bersejarah tu! Menurut laporan, lebih 200 pasangan bayi dilahirkan pada hari merdeka 2016.

kelebihan dan keistimewaan bayi merdeka lahir 31 ogos, baby merdeka dapat hadiah akaun sspn, hadiah bayi merdeka dari ptptn sspn, gambar bayi merdeka 2016 kali ke-59
Gambar bayi merdeka 2016

Adik aku pun lahir 31 Ogos. Baby merdeka, tapi sekarang dia dah besar la. Apa kelebihan lahir pada 31 Ogos? Apa manfaat jadi bayi merdeka? Kalau tengok pada adik aku, tak ada apa-apa pun. Biasa je. Sebab sebelum ni macam pernah dengar bayi yang lahir hari merdeka dapat keistimewaan. Ye erk?

Hari tu aku ada terdengar kat tv yang bayi merdeka ni dapat hadiah terima akaun SSPNi Plus. Wah best! Best! Kena selidik berita ni takut tersalah dengar. Hasilnya…sah! Memang bayi merdeka dapat hadiah!

Hadiah Bayi Merdeka
Bayi Merdeka yang dilahirkan pada ulang tahun kemerdekaan negara ke-58 (ni merdeka tahun lepas) di empat hospital terpilih di seluruh Malaysia menerima hadiah istimewa daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang membuka akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i), khas buat mereka.

PTPTN membuka akaun SSPN-i buat bayi yang dilahirkan pada 31 Ogos di empat hospital terpilih iaitu Hospital Sungai Buloh, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang, Johor dan Hospital Umum Sarawak, Kuching, melalui sumbangan RM200 bagi deposit permulaan. Sumber:  Tuah bayi merdeka

Wah memang benar la ada pemberian hadiah bagi bayi yang lahir hari merdeka. Beruntungnya mereka. adik aku takde tuah pulak, haha. Takpe la, janji time celebrate birthday tu dapat bunga api percuma, bunga api ambang malam merdeka. Merdeka fireworks! Tahniah buat yang dapat bayi merdeka. Selamat menjadi ibu bapa terbaik untuk anak anda.

No comments:

Post a Comment