Ads GA Leaderhead

Drama Hindi Sultan Razia Di TV3 Menarik Ditonton!

Siapa ada tengok drama hindi jam 4.00 petang di TV3: drama Sultan Razia. Best kan? Pertama kali aku menonton drama Hindustan yang ada berepisod-episod macam ni. Aku pulak jadi ketagih nak tengok episod demi episod drama Sultan Razia TV3. Kalau tak sempat mesti tekan button record. Takmo terlepas tengok drama Sultan Razia ni.

sinopsis drama sultan razia tv3, drama hindi sultan razia jam 4.00 petang di tv3, review drama hindi sultan razia, gambar sultan razia tv3
Drama Hindi Sultan Razia di TV3
Nak baca review drama hindi Sultan Razia yang disiarkan kat TV3:

Pelakon dalam drama ni semua cantik-cantik. Dengan pakaian mewah putera puteri permaisuri, deko istana yang memukau mata. First time tonton drama Sultan Razia aku rasa pelik. Eh pasal sultan, negara india ada sultan ke. Lepas tu cara pemakaian diorang bertudung. Bila google pasal drama ni kat Wikipedia, barulah aku tahu yang drama Sultan Razia merupakan kisah sebenar yang berlaku zaman pemerintahan Razia Sultana / Puteri Razia.

Sebelum ni, asal tiba jam 4.00 petang mesti ada sinetron bersiaran. Mak aku apa lagi, memang kaki sinetron. Ni dah diganti dengan drama hindi Sultan Razia, bagi aku lagi best tonton drama Hindustan ni! Menarik! Tambahan lagi drama pasal sejarah India, sejarah pemerintahan di bawah empayar seorang perempuan: Sultan Razia. Wah kagum aku.

Eh korang ada jugak ke tonton drama Sultan Razia TV3 ni? Kalau tak sempat tengok boleh rakam cerita guna astro PVR. Mudah nak tengok bila-bila kita free. 


Sedih..kisah benar diadaptasi ke dalam filem: Sinopsis Filem Sunk Into The Womb (paling hits sehingga kini!)


Telenovela TV3: Sinopsis Akin Pa Rin Ang Bukas – yang jahat harus dibalas dengan kejahatan! Balasan dendam..

2 comments:

  1. eh..baru semalam tengok cerita ni..best la

    ReplyDelete
  2. Ada record dar episod 1 hingga sekarang? Saya bekerja. Tak dapat tengok. Harap dapat kongsi.

    ReplyDelete