Kes Ke-3 Jangkitan Zika Di Malaysia: Ibu
Hamil Kena Jangkitan Zika Berlaku Di Johor. Makin parah wabak zika ni. Ini merupakan mangsa ketiga
rakyat Malaysia dijangkiti zika. Lebih teruk lagi, kali ini wanita mengandung disahkan
positif zika.
Ibu hamil kena virus zika |
Dugaan
yang begitu berat buat si ibu tersebut. Sebagaimana yang kita tahu kesan zika
ni amat bahaya pada kandungan ibu hamil. Janin yang terkena virus zika akan
menyebabkan kecacatan otak bayi dalam kandungan.
Berita gempar ibu hamil dijangkiti zika
Wanita
yang mengandung tiga atau empat bulan itu disahkan positif Zika pada 6
September 2016 dan kini sedang ditempatkan di sebuah hospital kerajaan di Johor
Bahru untuk rawatan. Suami wanita itu bekerja di Singapura namun kita masih
menunggu keputusan ujian untuk mengetahui sama ada suami wanita itu turut
dijangkiti Zika. - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam
Sebelum
ni, kes pertama zika kat Malaysia membabitkan wanita yang tinggal di Selangor. Punca
dia dapat zika sebab pergi melawat ke negara yang mempunyai sejarah zika di
sana. Di mana anak wanita tersebut disahkan kena jangkitan zika. Semasa melawat
anaknya di Singapura, dia turut mendapat jangkitan zika.
Kes
zika kedua berlaku kat Sabah. Namun tidak seperti kes pertama, mangsa zika
tidak pernah travel ke negara luar. Menurut penyelidik dikatakan sejarah zika
sudah ada di sana suatu ketika dahulu. Wah makin seram pulak aku baca.
Gambar bayi kena jangkitan zika |
Baru-baru
ni, kes ketiga zika melibatkan ibu hamil. Wanita mengandung yang tengah hamil
3-4 bulan usia kehamilannya. Malangnya disahkan positif zika. Moga ibu hamil
tersebut tabah. Aktiviti membanteras tempat pembiakan nyamuk aedes sedang giat
dilakukan di kawasan kejiranan rumah mangsa zika.
WASPADA
virus zika:
No comments:
Post a Comment