Coretan Heliza Helmi Buat Safiey Ilias. Sebelum ini Dai’i Wan cuba memujuk
Safiey Ilias agar mengekalkan imej dan pendiriannya menjadi lelaki sejati. Baca: SURAT
DA’I WAN BUAT SAFIEY ILIAS. Kini giliran Heliza Helmi. Jom ketahui apa
isi kandungan surat terbuka Heliza Helmi buat Safiey Ilias.
Ramai
menyuarakan kebimbangan bila mana Safiey Elias ingin menjadi Sofea Elias
semula. Safiey Ilias pernah berhijrah suatu ketika dahulu, daripada seorang
pondan menjadi lelaki sebenar. Namun baru-baru ini beliau menyatakan kembali
kepada watak Sofea Ilias. Siapa Safiey Ilias? Safiey Ilias yang popular itu
merupakan jutawan muda Malaysia. Pernah meraih income cecah RM1 juta - RM2
juta. Sememangnya usahawan muda berjaya. Lihat: BIODATA
SAFIEY ILIAS
Surat Heliza Helmi Buat Safiey Ilias
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt Safiey Ilias. Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih Allah SWT,
Aamiin. Ni kali pertama Kak Ija kirimkan mesej pada Safiey Ilias. Safiey apa khabar?
Moga Safiey sihat hendaknya, Aamiin.
Pertama
Kak Ija nak ucapkan terima kasih sangat sangat kerana Safiey banyak memberikan kami
kesedaran, di mana kami ni, ada buat silap, ada kekurangan diri sendiri, banyak
tutur kata, penulisan kami tidak kami jaga sehingga menyebabkan Safiey
tersinggung. Maafkan kami Safiey.
Kak Ija
selalu baca post post Safiey, selalu bagi motivasi sampai Kak Ija kagum
MasyaAllah, memang kuat Safiey ni. Sungguh! Kami kagum dengan anda yang
sentiasa memberikan kami inspirasi dan motivasi, kami pun tak mampu nak jadi
hebat macam Safiey. Terima kasih Safiey sebab selalu bagi kami semangat dalam
hidup kami. BarakAllahu Fiik.
Dan
sebenarnya ada sekali tu Kak Ija dijemput untuk satu program Forum ni dimana,
kita akan digandingkan dalam forum tu. Masa tu seronoknya dan tak sabar nak
berforum dan mendengar perkongsian dari Safiey, namun kita merancang Allah juga
merancang, sebaik baik perancang adalah perancangan Allah, Safiey tak dapat
turut sama dalam forum. Tak apalah, mungkin ada rezeki lain in sha Allah.
Safiey,
betapa kami semua memerlukan doamu untuk kami juga menjadi orang yang baik dan
semakin baik di sisiNya, kami juga insan pendosa. Kami sendiri banyak khilaf,
kelemahan, dan kami sendiri pun kena cermin diri kami sendiri. Orang macam
Safiey dan kawan kawan Safiey banyak bagi kami sedar yang banyak kelemahan kami
kena perbetulkan. Terima kasih menjadi asbab untuk sedarkan kami.
Jom kita
sama sama berjemaah saling bantu membantu, menyokong, saling mendoakan, berkata
yang baik baik, kita sama sama minta Allah jaga kita semua dalam rahmat dan
kasih sayangNya sehingga nafas terakhir. Aamiin. Safiey, kami sentiasa ada
bersamamu, doa kami mengiringi Safiey. Kak Ija yakin Allah sayang Safiey sangat
sangat. Begitu juga dengan kami semua. Betul kan sahabat semua?
Andai
perjuangan itu mudah,
Pasti
ramai menyertainya,
Andai
perjuangan itu menjanjikan kesenangan,
Pasti
ramai yang tertarik padanya
Tapi
hakikatnya perjuangan bukan begitu,
Turun
naiknya, sakit pedihnya,
Umpama
kemanisan yang tidak terhingga,
Andai
rebah, BANGKITLAH SEMULA,
Andai
terluka, INGATLAH JANJINYA.
Ps: Allah
melihat dan malaikat juga mencatit tutur kata dan penulisan kita, moga Allah
pandu kita untuk mendoakan yang baik baik dengan hikmah. Membantu dengan contoh
teladan yang baik. Moga Allah Redha. Aamiin.
Sumber: Facebook
Heliza Helmi
Gambar Safiey Ilias |
Komen Safiey Ilias Menerusi Facebook
Luahan Rasa Hatinya
Terima
kasih kak. Haah betul patutnya kita bersuara di satu program tapi saya tak
dapat hadir sebab buang silikon di dagu. Masa tu saya masih di Hatyai. Thanks u
kak. Apa yang akak cakap ni semua betul kak. Saya tak boleh tidakkan. Cuma beri
saya ruang bernafas. Beri saya masa. Saya tak nak orang expect too much from me
macam sebelum-sebelum ni. Jadi biarlah saya berubah secara perlahan-lahan
sampai mampu berubah secara total dan istiqomah. Terima kasih.
Komen Balas Balik Heliza Helmi Pada
Safiey Ilias Menerusi Facebook
Terima
kasih sudi membaca mesej ini, Maafkan Kak Ija kalau ada tersalah silap kata ye
doa kami mengiringi dan Safiey Ilias doakan kami sama ye. Syukran
Safiey, Kak Ija sangat yakin dengan Safiey. Safiey sangat baik orangnya sangat
baik. Belum berjumpa dah ada aura positif MasyaAllah. Moga dalam rahmat Allah
sentiasa. Again, tq so much beri kami motivasi. Kita doakan yang baik ya. Semua
sayang Safiey Ilias.
Surat Heliza Helmi buat Safiey Ilias membuatkan semua pembaca terkedu,
menusuk ke kalbu, benar ada kalanya tutur kata dan bicara kita membuatkan orang
lain down, melukai hati orang lain, mematahkan semangat mereka. Apatah lagi di
saat seseorang sedang ingin berubah ke arah kebaikan. Kita yang suka menghukum,
berprasangka bukan-bukan, tidak menjaga percakapan, mengutuk, mengeji, hanya memburukkan
keadaan. Ambil iktibar apa yang Heliza Helmi sampaikan. Mesejnya bukan hanya
untuk Safiey Ilias tapi untuk kita semua juga.
No comments:
Post a Comment