Apa perlu
kita buat bila semut Charlie hinggap di anggota badan kita? Bagaimana cara menghalau semut Charlie? Cara
usir dan halau serangga Charlie dengan berkesan tanpa merisikokan kita
kepada bahaya bisa Charlie. Jangan panik bila berdepan dengan serangga
berbisa ini; tomcat; kumbang rove, semut kayap; semut semai. Ketahui tips dan panduan
cara menghapuskan semut Charlie dan teknik matikan serangga Charlie
dengan terbaik. Pelajari cara membunuh serangga Charlie, baca
selanjutnya.
Cara Menghalau Dan Membunuh Semut Charlie |
Bila lihat
serangga Charlie di badan kita, jangan terus lenyek dengan tangan, jangan
tampar, jangan pukul tomcat di permukaan badan kita, bahaya. Cecair toksin pederin
yang keluar dari tubuh semut Charlie mengundang risiko bahaya.
Cara terbaik
untuk halau serangga Charlie yang hinggap di tangan kita adalah dengan
mengambilnya berhati-hati menggunakan sapu tangan, atau guna sarung tangan, atau
balut tangan kita dengan plastik, kemudian buang semut kayap Charlie ini ke
tempat khas, jauh dari rumah kita.
Cara membunuh semut Charlie, pastikan kita
memakai pakaian berlengan panjang dan berseluar panjang, kerana dikhuatiri serangga
Charlie akan terbang dan bersentuh dengan kulit kita. Jangan sesekali memicit
dengan jari atau mengetuk dengan tangan. Gunakan kertas, kain, selotape dan
lain-lain untuk membunuhnya.
Bunuh serangga Charlie ni menggunakan racun
serangga seperti semburan ridsect. Berhati-hati, jangan pegang langsung semut
semai ni. Jangan sentuh, sekalipun ia sudah mati. Gunakan alat pelindung tangan
untuk menyentuh semut Charlie seperti sarung tangan plastik.
Selepas
membunuhnya, buang sarung tangan yang kita gunakan untuk sentuh semut Charlie tadi.
Permukaan luaran sarung tangan tu pun jangan sentuh juga. Dikhuatiri terdapat
rembesan cecair toksin pederin yang keluar dari badan semut Charlie. Cuci tangan
sebersihnya. Ulangi proses cuci tangan sehingga kita yakin, ianya benar-benar
bersih. Gunakan pencuci tangan antibakteria.
Mangsa derita bisa semut Charlie |
Kena ingat,
bersentuhan dengan serangga charlie ini ketika berbaring atau tidur,
menghancurkannya badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan jangkitan
pada kulit badan kita. Toksin berbisa semut Charlie boleh menyebabkan konjunktivitis
– situasi di mana kita mendapat penyakit kulit yang teruk yang dikenali
dermatitis linearis. Kesan bahaya dari semut Charlie boleh mengancam nyawa jika
mangsa mengalami alahan teruk.
Sekian, panduan anda berdepan dengan tomcat. Serangga
berbisa yang menyerang sesiapa sahaja tanpa mengenal orang dewasa, kanak-kanak
dan bayi. Dengan mempelajari cara
menghalau semut charlie, mudah-mudahan anda terhindar dari terkena bisa Charlie.
Mengetahui cara membunuh dan matikan
semut Charlie dengan selamat tanpa merisikokan diri anda kepada bahaya Charlie.
4rtrgefgfgef
ReplyDeletesaya dah banyak kali kene gigit dengan charlie nie...kalau tiba2 rasa pedih je dan nampak tnda merah tiba2 cepat lah sapu dengan ubat gigi..insyaAllah kurang sikit kesannya..dan kalau terjumpa tu jangan tunggu bakarje dengan lighter..
ReplyDeleteBtoi ka pakai ubat gigi...
DeleteBagaimana Cara nk hilangkan cali dlm rmh kita...rmh sy lani cali dok mai ronda tiba2 bnyk plak tu
ReplyDeleteSya bru bli rumah sebelum dpat kunci xda pn cali elok dh dpt kunci byk plk merayap
ReplyDeleteSeramnye ya Allah
ReplyDeleteSaya pun dah tak tahuuu nak buat apaa dahh sembur risect pun dh tp diaa still adaa dlm rumah.tingkap takpenah buka tapi tahlaa mana dia masuk . Sebelum ni dlm bilik jer adaaa Sekarang dh satu rumah . Satu family kenaaa dengan binatang ni . sakit diaaa Allahu bukan biasa biasa . So kat rumah sape yang ada seekor binatangni cepat cepat laaa buang bersihkan tempat tu . Kalau dh Ada seekor tu makin lamaa makin banyaklaaa kalau Kita buat tak endah .
ReplyDeleteSo akak buat mcm mna ye? Tdi jumpa sekor dah semut ni . Terkejut sgt. Selalu semut yg biasa je . Tetibe tdi nmpk semut Charlie . Takodd
DeleteKalo kena ggt dia, beli ubt kurap cap kaki tiga tu..yg wrna merah tu... pastu sapu.. insyaAllah elok... sy kalo kena charlie ni bubuh ubt tu ja.. cma pdih sikit la...
DeleteYa Allah .. saya pon kena juga.. dia datang dari mana ye? Makin banyak pulak .. dh brpa kli kena gigit.. ada dpan mata boleh la tangkap. Bila tidur sllu kena ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Deleteaku pakai reket nyamuk tu je, mosquito swatter...
ReplyDeleteLately kerap jumpa charlie ni mmg xde petua langsung ke untuk halau serangga ni....tapi saya pernah tangkap seekor letak dalam bekas dan spray cecair detol...alhmdullilah berapa saat je dia terus mati..tapi tulaa..kalau boleh xnak dia ada langsung...pening kpla pikir
ReplyDeleteOmg saya dah kali kedua kene skrg belakang muka kaki leher dahi. Kau nak apa sebenarnya dari aku. Aku tak kacau kau la. Zaman2 covid ni ko hengat aku berduit. Nyah kau dari bilik aku la hanattt......
ReplyDeleteTips ustaz saya. Dia akan pakai wangi wangian sebelum tidur mcm perfume yang orang laki selalu pakai nk pegi masjid tu. Sbb charlie ni dia xsuka benda wangi
ReplyDeleteByk kali kene... Plg teruk dekat muka masa tdo mlm.... Mmg meremang bulu roma tahan pedih tu.... Smpi doktor pakar kulit mai jumpa..... Apa nk buat utk halau dari perumahan kami ni....???
ReplyDelete