Sinopsis Drama Awak Sangat Nakal Astro

Sinopsis Drama Awak Sangat Nakal Astro | Awak Sangat Nakal mengisahkan pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Oleh sebab dia kebosanan duduk di kampung, Erine menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikannya.

Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran.

Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu.

Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh.

Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT. Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati? Saksikan segalanya dalam drama Awak Sangat Nakal di kaca tv anda.

Pelakon Drama Awak Sangat Nakal Astro
Ayda Jebat sebagai Erine Johanna
Sharnaaz Ahmad sebagai Johan Rizqin
Ika Nabella sebagai Ain Humaira
Fadilah Mansor sebagai Mak Munah
Tash Yong, Hefny Sahad, Farouk Hussain

Sinopsis drama Awak Sangat Nakal ASTRO, pelakon dan gambar drama Awak Sangat Nakal ASTRO, Awak Sangat Nakal episod akhir – episod 16
Gambar Drama Awak Sangat Nakal Astro

Tonton drama Awak Sangat Nakal
Tarikh Awak Sangat Nakal disiarkan: November 2016
Jumlah episod drama Awak Sangat Nakal: 16
Awak Sangat Nakal episod akhir – episod 16
Saluran: Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123

No comments:

Post a Comment