13 Cara Elak & Mencegah Serangan Semut Charlie

Cara Mengelak Dan Menghindari Gigitan Semut Charlie | Tips Mencegah Serangan Tomcat Serangga Berbisa Semut Charlie | Apakah ada cara mengelak Charlie dari mendekati kita? Bagaimana cara menghindari dan mengatasi serangan tomcat? Serangga Charlie juga dikenali sebagai tomcat, semut kayap, semut semai dan kumbang rove. Apa perlu dibuat elak charlie datang ke rumah kita? Ketahui panduan pencegahan dari serangan tomcat si semut kayap Charlie.


13 Cara Elak Dan Mencegah Serangan Semut Charlie
Cegah dan tangani serangan tomcat:
1. Mengurangkan penggunaan lampu kerana serangga Charlie mudah tertarik kepada cahaya lampu. Tutup lampu jika tidak digunakan.
2. Pastikan pintu rumah sentiasa tertutup, termasuk tingkap apabila tiba waktu petang, senja dan malam. Khasnya musim Charlie melanda, rumah sentiasa dalam keadaan tertutup. Kalau tingkap rumah ada alat perlindungan netting, itu lagi bagus. Ini bertujuan mencegah serangga charlie ini masuk.
3. Menggunakan perangkap nyamuk di rumah, guna asap lingkaran ubat nyamuk, guna ubat nyamuk elektrik, sembur rumah dan dalam bilik tidur dengan racun serangga seperti ridsect.

cara mengelak charlie dari mendekati kita, tips mencegah serangan tomcat semut charlie, cara menghindari dan mengatasi serangan tomcat, apa perlu dibuat elak charlie datang, pencegahan dari serangan tomcat, cegah dan tangani serangan tomcat
Inilah serangga berbisa namanya semut Charlie
4. Tidak duduk berhampiran lampu atau cahaya.
5.  Memastikan keadaan katil baik dan tiada serangga Charlie sebelum baring di tempat tidur / katil.
6. Tidur menggunakan kelambu khasnya ketika musim Charlie tiba.

7. Letak jaring pelindung pada lampu bertujuan untuk mencegah tomcat / charlie jatuh ke ke bawah terkena kita.
8. Bersihkan kawasan rumah, terutama tanaman yang tidak terjaga / tanaman terbiar yang berpotensi jadi sarang habitat semut Charlie. Hati-hati jika kita mempunyai anak kecil yang suka bermain sekitar tanaman, buang tanaman yang tidak terjaga kerana kawasan tersebut berpotensi menjadi sarang tomcat.
9. Untuk mencegah serangan tomcat, jika terlihat serangga Charlie ini, jangan dilenyek supaya racun toksin Charlie tidak terkena pada kulit

10. Hindari terkena semut charlie pada kulit terbuka
11. Bila semut kayap Charlie terkena kulit kita, singkirkan dengan berhati-hati dengan cara meniup atau menggunakan kertas
12. Jangan gosok kulit atau mata bila serangga Charlie terkena kulit
13. Segera cuci bahagian terkena semut semai ni dengan air paip dan sabun

Kenali serangga berbisa Charlie:


Moga perkongsian panduan 13 cara elak dan mencegah serangan semut Charlie bermanfaat untuk semua. Amalkan langkah berjaga-jaga setiap masa. Moga kita semua terhindar dari menjadi mangsa semut Charlie.

No comments:

Post a Comment