Ads GA Leaderhead

Sinopsis Drama Razia Sultan TV3

Sinopsis Drama Razia Sultan TV3 | Review Cerita Hindustan Drama TV3 Razia Sultan | Razia Sultan mengisahkan pergolakan politik, rampasan kuasa, perjalanan sukar Razia menjadi sultan Delhi dan kisah percintaannya di zaman lalu.

sinopsis drama razia sultan tv3, review cerita hindustan drama tv3 razia sultan, biodata razia sultan, pelakon dan gambar drama razia sultan tv3, cerita hindustan tv3 razia sultan, razia sultan episod akhir – episod 85, last episode razia sultan 170
Tonton lakonan Pankhuri Awasthy membawa watak Razia Sultan drama hindustan di TV3


Razia Sultan / Razia Sultana merupakan Sultana Delhi di India pada zaman pemerintahan Jalalat -ud -Din Raziya bagi tempoh 10 November 1236 sehingga 14 Oktober 1240. Razia Sultan terkenal kerana dialah satu-satunya wanita yang pernah memerintah Kesultanan Delhi. Abang Razia Sultan adalah Nasiruddin Mahmud. Manakala Ruknuddin Firuz dan Muizuddin Bahram adalah abang tirinya.

Razia Sultan merupakan anak kepada iltamush Shams -ud- din. Ibunya bernama Qutub Begum. Ibu Razia Sultan merupakan anak kepada Sultan Delhi yang bernama Qutb ud din Aibak. Razia membesar dalam keadaan istimewa di mana keluarga sebelah ibunya merupakan pemerintah di Delhi.

Pemerintahan uknuddin berlangsung dalam jangka masa pendek. Pada 9 November 1236, Ruknuddin dan ibunya Shah Turkaan telah dibunuh selepas hanya enam bulan berkuasa. Golongan bangsawan membuat kata sepakat untuk melantik Razia sebagai Sultan Delhi.

Razia Sultan merupakan pemerintah yang cekap dan mempunyai segala sifat-sifat raja. Beliau seorang yang cerdik, adil, pemurah, suka belajar dan mempunyai skil berperang. Razia Sultan akhirnya berkahwin dengan Malik Ikhtiar -ud -din Altunia, kekasih yang amat dicintainya. Razia dan Malik Ikhtiar - ud -din Altunia sudah lama kenal semenjak mereka kecil lagi.

 Sementara itu, abang Razia iaitu Muizuddin Bahram Shah telah merampas takhta. Orang Turki menyebarkan khabar angin mengenai Yaqut Jamal -ud -Din Yaqut, yang mencetuskan kemarahan Altunia. Altunia mengetuai pemberontakan terhadap Yaqut untuk tujuan membalas dendam.

Pertempuran antara Razia dan Altunia berlaku. Yaqut dilaporkan terbunuh dan Razia telah ditawan. Semasa di penjara, Razia Sultan telah dibenarkan untuk pergi ke masjid Hajirattan untuk solat pada hari Jumaat. Altunia sering melawatnya. Akhirnya mereka jatuh cinta. Razia dan Altunia berkahwin. Saksikan segalanya dalam drama Razia Sultan di kaca tv anda. Sumber: Wikipedia Razia Sultan & Razia Sultana

Luahan perasaan lepas tengok drama ni: WOW! KETAGIH NAK TENGOK NEXT EPISOD DRAMA HINDI SULTAN RAZIA. KOMEN AKU.. [klik kalau nak tahu]


Sedih..kisah benar diadaptasi ke dalam filem: Sinopsis Filem Sunk Into The Womb (paling hits sehingga kini!)


Telenovela TV3: Sinopsis Akin Pa Rin Ang Bukas – yang jahat harus dibalas dengan kejahatan! Balasan dendam..

Pelakon Drama Razia Sultan TV3
Pankhuri Awasthy - Razia Sultan
Rohit Purohit - Ikhtiar-ud-din Malik Altunia
Sooraj Thapar - Shams-ud-din Iltutmish
Khalida Turi - Qutub Begum
Mohit Abrol - Nasiruddin Mahmud
Seema Kapoor - Shamshad Begum
Sambhavna Seth - Shah Turkan
Rishima Sidhu - Kaneez of Shah Turkan
Ankit Arora - Rukn-ud-din Firuz
Zara Barring - Shazia (New Shazia)
Bhavna Chauhan - Shazia (Old Shazia)
Praneet Bhat - Kasabi Kalandar Lahori
Riya Deepsi - Fatima
Himangini Singh Yadu - Sultana Uzma
Baizad Khan - Sultan Khwaja

Gambar Drama Razia Sultan TV3
sinopsis drama razia sultan tv3, review cerita hindustan drama tv3 razia sultan, biodata razia sultan, pelakon dan gambar drama razia sultan tv3, cerita hindustan tv3 razia sultan, razia sultan episod akhir – episod 85, last episode razia sultan 170
Drama Hindustan Razia Sultan drama terbaru menggantikan sinetron Sakinah Bersamamu

Biodata Razia Sultan
Tarikh lahir: tahun 1205
Meninggal dunia: 14 Oktober 1240 ketika berumur 35 tahun
Pemerintahan: Kesultanan Delhi
Pengkebumian: Bulbul-i-Khan berdekatan Turkmen Gate, Delhi
Nama suami: Malik Altunia
Anak: Zubrudin Mirza Rashil – anak angkat
Dynasti: Mamluk
Nama ayah: Iltutmish
Nama ibu: Qutub Begum
Agama: Islam

Tonton drama Razia Sultan
Tarikh Razia Sultan disiarkan: September 2016
Jumlah episod drama Razia Sultan: 85
Razia Sultan episod akhir – episod 85
Jumlah episod drama Razia Sultan adalah 170, namun tayangan Razia Sultan disiarkan 2 episod sekaligus di kaca tv, menjadikan kesemuanya berjumlah 85 episod.
Hari: Isnin - Khamis
Jam: 4.00 – 5.00 petang
Saluran: TV3

2 comments: