Ads GA Leaderhead

Sinopsis Drama Suri Hati Mr Pilot (Astro)

Sinopsis Drama Suri Hati Mr Pilot Astro | Suri Hati Mr Pilot mengisahkan pertemuan Ejaz, Mr. Pilot dan Warda membuka semula lembaran kisah dua tahun lalu. Peristiwa yang menyebabkan Warda dibuang keluarga atas kebodohan sendiri yang terlalu taasub dengan cinta Muslim!

Getar yang hadir buat jiwa Warda dan Ejaz kalut sendiri. Ejaz diasak cemburu dengan kehadiran Daniel dan Razif yang turut menyimpan perasaan istimewa pada Warda. Akhirnya dia nekad untuk mengahwini Warda.

Perkahwinan yang terbina mula menimbulkan bibit cinta di hati mereka. Namun tika bahagia berada di puncak, Muslim kembali menuntut cinta. Inara mula menyusun rencana. Ejaz mula diburu curiga. Hubungan yang retak menanti belah akhirnya runtuh saat satu kemalangan menimpa Ejaz dan meragut pergi semua impian dan cintanya buat Warda dan dunia penerbangan.

Masih adakah lagi bahagia buat mereka? Layakkah Warda menjadi suri hati buat Mr. Pilotnya? Atau akan menjadi racun berbisa pada kebahagiaan Ejaz? Saksikan segalanya dalam drama Suri Hati Mr Pilot di kaca tv anda.


Sedih..kisah benar diadaptasi ke dalam filem: Sinopsis Filem Sunk Into The Womb (paling hits sehingga kini!)


Telenovela TV3: Sinopsis Akin Pa Rin Ang Bukas – yang jahat harus dibalas dengan kejahatan! Balasan dendam..

Pelakon Drama Suri Hati Mr Pilot Astro
Fattah Amin sebagai Ejaz
Neelofa sebagai Warda
Eleena sebagai Inara
Mas Khan sebagai Daniel
Alvin Chong sebagai Johan
Aleza Shadan, Nina Juren

Gambar Drama Suri Hati Mr Pilot Astro
Sinopsis drama Suri Hati Mr Pilot ASTRO, pelakon dan gambar drama Suri Hati Mr Pilot ASTRO, Suri Hati Mr Pilot episod akhir – episod 16, Drama Suri Hati Mr. Pilot adaptasi novel karya Dyla Dyna
Drama Suri Hati Mr. Pilot adaptasi novel karya Dyla Dyna

Tonton drama Suri Hati Mr Pilot
Tarikh Suri Hati Mr Pilot disiarkan: Oktober 2016
Jumlah episod drama Suri Hati Mr Pilot: 16
Suri Hati Mr Pilot episod akhir – episod 16
Hari: Isnin-Khamis
Jam: 10.00 malam
Saluran: Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123

No comments:

Post a Comment