Ads GA Leaderhead

Doa Untuk Ibu Bapa Dalam Rumi

Doa Untuk Ayah Dan Ibuku Dalam Rumi | Doa Untuk Ibu Bapa Dan Keluarga | Doa terbaik untuk mak dan ayah. Doa yang menyentuh hati dan sangat sedih. Jom bacakan doa untuk ayah ibu dalam bahasa rumi. Mudah untuk kita fahami dan hayati. Inilah bacaan doa terbaik untuk mendoakan mak bapa kita. Doa untuk mak ayah dalam bahasa Melayu. Setiap kali baca doa untuk ibu bapa ni, setiap kali tu juga hati ni rasa sebak. Amat menyentuh hati kata-kata dalam doa ni.


Doa Untuk Ibu Bapa Dalam Rumi
A’uzubillah hissami’ul ‘alim minash syaitan nirrajim. Bismillahir rahmanir rahim. Alhamdulillahi rabbil ‘alamin wa bihinastai’in. Wassalatu wassalamuala rasulika wanabika Muhammadin salallahu alayhi wa’ala alihi wasahbihi wasallam.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.

Ampunkan seorang wanita yang pernah kami tumpangi rahimnya. 9 bulan 10 hari lamanya. Wanita itu telah melahirkan kami, hingga koyak isinya Ya Allah. Luka kulitnya Ya Allah. Tumpah darahnya Ya Allah. Bercucuran air matanya menahan sakit dan derita. Itulah ibu kami Ya Allah.

Demi Al Quran yang kami baca tadi keberkatannya, ampunkan ibu itu Ya Allah. Ampunkan ibu yang tidak pernah kenyang makan minumnya kerana mengenyangkan kami. Ampunkan ibu yang tidak pernah lena tidurnya kerana menyenyakkan tiduran kami. Ampunkan ibu yang tidak berkisah langsung dengan sihat sakitnya kerana menjaga kebajikan kami.

Ampunkan ibu. Mulia sungguh dirinya. Sudi membasuh mencuci najis dan kotoran kami Ya Allah. Tidak pernah pula dia mengungkit dan bersungut Ya Allah. Ampunkan ibu yang tangan lembutnya selalu mengusap rambut dan juga wajah kami. Hari ini wajahnya nampak urat-urat tua memamah dirinya Ya Allah.

Ya Allah ampunkan pula seorang lelaki yang dibin-bintikan nama kami dengan namanya. Itulah ayah kami Ya Allah. Manusia yang mengajarkan kami Ashhadu Alla Illaha Illallah Wa Ashhadu Anna Muhammadar Rasulullah.

Dengannya kami kenal ketegasan di dunia ini. kami kenal peraturan dan manhaj hidup ini Ya Allah. Kami kenal Engkau Tuhan kami. Kami kenal NabiMu utusanMu Ya Allah. Kami kenal akidah yang sebenarnya mesti dipegang hingga akhir hayat kami.

Ya Allah ampunkan ayah. Yang kami tidak selalu memahami dirinya. Ampunkan ayah yang air matanya hanya untukMu. Resah gelisahnya hanya diceritakan kepadaMu. Rahsianya hanya Engkau yang tahu.

Ampunkan ayah yang bertanya khabar melalui lisan ibu. Yang menghulurkan wang saku melalui lembutnya tangan ibu. Yang selalu memandang kami, ketawa kecil tersenyum lebar dari jauh. Tetapi apabila didekati, wajahnya tegas mendidik kami. Hingga hari ini apabila kami jadi ayah ibu, kami baru mengenali itu ayah sebenarnya Ya Allah.

Ya Allah andai kata mereka berdua masih ada. Engkau sihatkan mereka, panjangkan umur dalam kebajikan dan kewarasan. Tambahkan padanya ketabahan dan keimanan, ketakwaan, Ya Arhamarrahimin.

Andai kata Engakau ingin ambil dia, mereka berdua dari kami, jangan Engkau sakiti mereka Ya Allah. Jangan sakarat itu membebankan mereka Ya Allah. Seperti mereka selalu mendodoikan kami Ya Allah. Lembutkanlah urusan itu Ya Allah.

Andai mereka telah pergi bertemu denganMu, lapangkan kuburan mereka. pindahkan mereka dari kegelapan liang lahad ke dalam syurgaMu yang luasnya tidak terperi. Kurniakan mereka nikmat yang abadi.

Rabbana taqabal minna innaka antas sami’ul ‘alim. Wa tub alayna ya maulana innaka antat tawwabur rahim. Wasallahu ‘alanabina Muhammadin wa’ala alihi wasahbihi ajmain.

Rabbana taqabal minna innaka antas sami’ul ‘alim. Wa tub alayna ya maulana innaka antat tawwabur rahim. Wasallahu ‘ala Muhammadin wa’ala alihi wa ashabihi ajmain. Walhamdulillah hirabbil ‘alamin. Aamin.

doa untuk ayah ibu dalam rumi, doa untuk ayah dan ibuku, doa untuk ibu bapa dan keluarga, doa untuk ibu bapa rumi versi bahasa melayu, doa untuk mak bapak, doa buat orang tua, doa untuk parents, doa untuk mummy daddy, doa untuk mom and dad, doa buat my mother and father
Doa terbaik untuk ibu bapa

Ibu bapa kita atau apa sahaja nama panggilan yang kita gunakan sama ada mummy, daddy, mom, dad, mother, father. Tadahkan tangan bermohon padaNya agar orang tua kita diberi kesejahteraan. Doa buat orang tua, doa buat parents harus dibaca setiap hari. Doa untuk ibu bapa rumi versi bahasa melayu yang terbaik.

No comments:

Post a Comment