Apa Itu Semut Kayap? Serangga Charlie; Tomcat; Semut Semai

Apa itu semut kayap? Juga ada yang memanggilnya semut charlie, semut semai, cali, tomcat, charlie kumbang dan kumbang rove. Semuanya merujuk kepada serangga berbisa yang sama. Di Malaysia, serangga Charlie ini dipanggil semut kayap. Di Indonesia, mereka memanggilnya semut semai atau hewan tomcat. Apa itu tomcat?

Semut kayap Charlie berasal dari kelompok kumbang Arthropoda – Staphylinidae. Serangga Charlie ini telah lama wujud di bumi iaitu 200 juta tahun lalu. Tomcat membawa banyak kemusnahan kepada hidupan di bumi.

Serangga bernama Charlie ini dikenali bukan kerana sengatan atau gigitannya, sebaliknya dikenali kerana bahayanya apabila serangga ini apabila bersentuhan dengan kulit manusia. Malah cecair yang ada pada serangga ini juga beracun dan telah menyebabkan mangsa mengalami gatal-gatal, luka yang parah serta meninggalkan kesan parut pada permukaan kulit.

Ciri-ciri semut Charlie. Bagaimana rupa bentuk semut kayap Charlie?
Cara kenal pasti serangga Charlie:
Macam mana nak tahu serangga tersebut adalah semut kayap ataupun tidak. Bentuk semut kayap Charlie pada umumnya kelihatan memanjang. Namun ada juga semut semai berbentuk bulat seperti telur. Panjang semut Charlie kurang daripada 1cm.

apa itu semut kayap charlie, semut kayap wikipedia, semut charlie wikipedia, serangga charlie, serangga berbisa, serangga berbisa, hewan tomcat, apa itu tomcat, tomcat terbang, semut semai, charlie kumbang
Gambar semut kayap Charlie
Tomcat atau serangga Charlie mempunyai badan berwarna kuning gelap di bahagian atas, bawah abdomen (perut) dan kepala berwarna gelap. Namun ada juga kelihatan warna hitam coklat. Juga badan serangga Charlie ada berwarna hitam dan oren berselang seli.

apa itu semut kayap charlie, semut kayap wikipedia, semut charlie wikipedia, serangga charlie, serangga berbisa, serangga berbisa, hewan tomcat, apa itu tomcat, tomcat terbang, semut semai, charlie kumbang
Inilah foto serangga Charlie, tomcat, semut semai
Serangga Charlie mempunyai sesungut yang panjang. Mempunyai 6 kaki. Hujung ekor semut Charlie sedikit terangkat. Menaikkan hujung ekornya seperti keadaan kala jengking ketika terasa terancam.

apa itu semut kayap charlie, semut kayap wikipedia, semut charlie wikipedia, serangga charlie, serangga berbisa, serangga berbisa, hewan tomcat, apa itu tomcat, tomcat terbang, semut semai, charlie kumbang
Proses serangga Charlie membesar: bermula dari larva, pupa hingga menjadi semut Charlie dewasa
Badan semut kayap mempunyai bulu halus. Semut Charlie ini juga mempunyai sepasang sayap lutsinar. Lihat secara mata kasar, tak nampak pun sayap semut Charlie ni. Apa yang menariknya semut Charlie boleh terbang dan berlari di atas permukaan air. Tomcat terbang. Serangga Charlie kelihatan seperti semut yang merayap dalam keadaan biasa. Kredit: Semut kayap wikipedia & semut charlie wikipedia

Kes mangsa serangan serangga Charlie
Baru-baru ini, mangsa semut Charlie iaitu Syara Eryyna Mohd Syafiq, 3 tahun, mengalami penyakit kulit yang serius, ianya berpunca dari serangga Charlie. Perkara tersebut telah disahkan oleh doktor yang merawat Syara. Pada awalnya, ibu Syara menyangka anaknya terkena penyakit kayap sehinggalah doktor mengesahkan ia akibat gigitan serangga dikenali sebagai Charlie.

Terdahulu, penghuni kolej Rafflesia/Angsana, UiTM Puncak Alam juga menjadi mangsa serangan Charlie. Satu per satu pelajar mengalami ruam di tangan, yang akhirnya meninggalkan parut kekal akibat semut Charlie.


Kenali serangga berbisa Charlie:

- Sebelum terkena baik selamatkan diri: 13 cara elak dan cegah serangan semut charlie

Kita dah tahu apa itu semut kayap? serangga charlie; semut semai, ambil langkah berjaga-jaga setiap kali kita berdepan serangga berbisa Charlie. Moga kita semua terhindar dari terkena bisa serangga Charlie yang merbahaya.

2 comments:

  1. Cubalah krim mutiarabumi utk rawat bisa semut kayap..insya Allah sangat cepat kesannya..dlm beberapa hari dah baik banyak..lawati krimmutiarabumi.blogspot.com
    Tksh.

    ReplyDelete
  2. Cubalah krim mutiarabumi utk rawat bisa semut kayap..insya Allah sangat cepat kesannya..dlm beberapa hari dah baik banyak..lawati krimmutiarabumi.blogspot.com
    Tksh.

    ReplyDelete