Kes Jangkitan Rotavirus Pada Kanak-Kanak

Kes Jangkitan Rotavirus Di Malaysia | Baru-baru ni kita dikejutkan dengan jangkitan rotavirus yang menyerang kanak-kanak. Menurut laporan berita, 7 kanak-kanak telah dimasukkan ke Hospital Kulim Kedah apabila menunjukkan tanda-tanda simptom rotavirus.


Gejala rotavirus yang mereka alami termasuk muntah dan cirit birit. Punca kanak-kanak ini mendapat jangkitan rotavirus selepas mandi di Bukit Merah, Perak. Kanak-kanak yang dirawat di Hospital Kulim berumur antara 11 bulan sehingga 20 bulan dan bukan daripada keluarga yang sama menunjukkan simptom dijangkiti rotavirus.

Kesemua kanak-kanak yang mengalami gejala yang sama, di bawa ke hospital untuk rawatan lanjut. Keputusan makmal mengesahkan jangkitan rotavirus namun kanak-kanak ini sudah dilaporkan stabil.

Syukur, semuanya selamat. Melalui pembacaan di internet, kesan bahaya akibat jangkitan rotavirus boleh membawa maut! Itu yang amat digeruni. Sebenarnya rotavirus ini bukan virus baru, tapi virus yang telah lama menular di seluruh pelosok dunia. Bahkan setiap hari memang ada kes kematian yang diakibatkan oleh rotavirus.

Paling kasihan melihat bayi yang sengsara dijangkiri rotavirus. Kanak-kanak umur 5 tahun ke bawah berpotensi besar mudah dijangkiti rotavirus. Jadi, sentiasa peka kepada persekitaran kita, sentiasa ambil tahu kesihatan ahli keluarga kita.

Jaga diri, jaga keluarga, amalkan kebersihan, buat perancangan terbaik semasa aktiviti outdoor bersama keluarga. Kes jangkitan rotavirus pada kanak-kanak amat dibimbangi. Elakkan terlibat di kawasan yang berpotensi adanya rotavirus. 

No comments:

Post a Comment