Pantun Hari Raya Korban / Pantun Aidiladha (Idul Adha)

Pantun Hari Raya Korban | Pantun Raya Haji 2016 | Pantun Raya Aidiladha | Pantun Idul Adha Lucu | Terjah koleksi pantun Hari Raya Aidiladha 2016 terbaik untuk anda dedikasikan buat kawan-kawan anda sama ada melalui SMS, hantar pantun Raya di Facebook, Twitter, Instagram, blog, kad Raya dan sebagainya. Jom hantar ucapan Hari Raya Aidiladha beserta pantun Hari Raya Idul Adha anda sekarang. Berikut merupakan pantun Hari Raya Haji 4 kerat dan pantun 2 kerat Hari Raya Korban.


Senarai Koleksi Pantun Hari Raya Korban
Pantun 4 kerat Hari Raya Aidiladha
Kerbau marah sambil menyeringai,
Mengamuk sakan robohkan jamban,
Mengapa kerbau buat perangai,
Patutlah esok dah Raya Korban.

pantun hari raya korban, pantun 2 kerat hari raya aidiladha, pantun dua kerat hari raya haji, blog pantun hari raya aidiladha, pantun lucu idul adha, pantun bertemakan idul adha, pantun hari raya idul adha lucu, pantun idul adha 2016, pantun hari raya kurban, pantun qurban, pantun tentang qurban
Pantun Hari Raya Korban / Pantun Aidiladha (Idul Adha)

Lembu menangis tak henti-henti,
Kambing sibuk sorokkan diri,
Unta pulak buat-buat mati,
Biri-biri tiba-tiba tak sedarkan diri.

Mata mengantuk tersangat kelat,
Tersengguk-sengguk menyandar ke kiri,
Terkejut melihat parang berkilat,
Lembu lari selamatkan diri.

Lembu popular masa Raya Haji,
Dagingnya sedap sampai tersangkut celah gigi,
Kes lembu lari pernah terjadi,
Hati-hati jangan sampai terjadi lagi.

Pantun Hari Raya Haji
Alhamdulillah kerana mendapat rezeki,
Hati mengucapkan rasa syukur,
Buat yang menunaikan haji,
Semoga beroleh haji yang mabrur.

Balik dari haji dapat gelaran hajah,
Makin berseri rajin berusaha,
Takbir bergema tanggal 10 Zulhijjah,
Ku ucapkan selamat menyambut Aidiladha.

Pantun Hari Raya Kurban
- Pantun tentang qurban
Beruntung siapa yang makan ikan haruan,
Sangat berkhasiat umpama herba,
Patutlah kerbau lembu jadi tak keruan,
Rupanya Hari Raya Korban dah nak tiba.

Sedapnya menikmati sup ekor,
Orang tua kata jangan malas,
Riuh dan kecoh sebab lembu seekor,
Selamat Hari Raya Korban 2016.

Pantun 2 Kerat Hari Raya Haji
Kerbau cuak tertanggal gigi,
Rupanya Raya Haji menjelang lagi.

10 Zulhijah tarikh keramat sejarah Islam,
Selamat Hari Raya Haji kami ucapkan.

Pergi ke Mekah bersama rakan,
Moga ibadah haji dipermudahkan.

Senarai Koleksi Pantun Hari Raya Idul Adha Lucu
Ada sapi ada domba,
Siap-siap disembelih buat kurban,
Selamat Hari Raya Idul Adha,
Buat engkau yang kudambakan.

Daging sapi dan daging domba,
Dibagi-bagikan ke fakir miskin,
Jika aku punya salah dan dosa,
Aku mohon maaf lahir dan batin.

Daging di panggang di atas bara,
Aromanya menggugah selera makan,
Semoga amal ibadahnya diterima,
Selamat Hari Raya Qurban.

Kitabku adalah Al-quran,
Bila di baca sejukkan hati,
Selamat Hari Raya Qurban,
Semoga amal ibadah diterima Ilahi.

Pantun dua kerat Hari Raya Haji untuk semua.. Sangat sesuai ditujukan untuk geng-geng anda. Pilih mana-mana pantun Hari Raya Qurban kesukaan anda dalam senarai koleksi pantun Hari Raya Korban / Pantun Aidiladha (Idul Adha). Jom layankan aje blog pantun Hari Raya Aidiladha.

No comments:

Post a Comment