Sinopsis Filem Aliff Dalam 7 Dimensi

Sinopsis Filem Aliff Dalam 7 Dimensi | Aliff Dalam 7 Dimensi mengisahkan Aliff Lamin seorang pelajar universiti yang mewarisi saka peliharaan keluarganya. Aliff memiliki kelebihan luar biasa dalam melihat dan mendengar entiti paranormal dari demensi lain.

Aliff cuba menyembunyikan kelebihannya itu dari pihak lain, namun kelebihan Aliff diketahui oleh rakan-rakannya. Mereka mula melakukan aktiviti paranormal pada waktu malam untuk mengkaji dan merakam bukti kewujudan entiti.

Suatu hari, dia bertemu Zul yang mempunyai keupayaan yang sama sepertinya, tetapi tidak seperti Aliff, Zul menggunakan saka tersebut untuk mengalahkan makhluk-makhluk ghaib untuk mendapat lebih kuat. Aliff bimbang tindakan Zul menyebabkan semangat makhluk ghaib menjadi lebih agresif, lalu dia memutuskan untuk menghentikan perbuatan Zul itu.

Malangnya Aliff kalah dan kehilangan sakanya. Tanpa saka, mampukah Aliff menghalang Zul yang semakin dahagakan kuasa? Saksikan segalanya dalam filem Aliff Dalam 7 Dimensi di pawagam berhampiran anda.

Pelakon Filem Aliff Dalam 7 Dimensi
Izzue Islam, Julianna Evans, Alif Satar, Kaka Azraff, Man Kadir, Hasnul Rahmat, Aleza Shadan

Gambar Filem Aliff Dalam 7 Dimensi
Sinopsis filem Aliff Dalam 7 Dimensi, pelakon dan gambar filem Aliff Dalam 7 Dimensi
Filem Aliff Dalam 7 Dimensi lakonan Izzue Islam

Tonton filem Aliff Dalam 7 Dimensi
Tarikh filem Aliff Dalam 7 Dimensi mula disiarkan di pawagam: 8 September 2016
Jangan lupa datang beramai-ramai untuk menyaksikan filem Aliff Dalam 7 Dimensi

3 comments: