Kesan Bahaya Gigitan Semut Charlie

Umumnya, semua mengetahui semut Charlie bahaya. Sesiapa yang digigit Charlie, dinasihatkan dapatkan rawatan doktor dengan segera. Bisa semut Charlie akibat toksin pederin mendatangkan bahana buat mangsanya. Jom kita lihat apa kesan gigitan semut Charlie. Ada yang memanggilnya gigitan tomcat. Jangan tak tau, serangga Charlie juga dikenali semut semai, semut kayap, tomcat, kumbang rove. Berita terkini, semut kayap makan kulit kanak-kanak umur 3 tahun.

Mengapa semut Charlie merbahaya?
Semut Charlie bahaya kerana ianya mengeluarkan toksin bernama pederin. Cecair haemolymph yang ada pada seluruh badan serangga kecuali sayap mempunyai toksin yang dinamakan ‘pederin’ (C24H43 O9 N). Toksin pederin merupakan sentuhan serangga yang paling berbisa.

Kes digigit semut Charlie di Malaysia
 Syara Eryyna Mohd Syafiq, 3 tahun, menjadi mangsa gigitan semut Charlie baru-baru ini. Perkara tersebut telah disahkan oleh doktor yang merawat Syara. Pada awalnya, ibu Syara menyangka anaknya terkena penyakit kayap sehinggalah doktor mengesahkan ia akibat gigitan serangga dikenali sebagai Charlie.

Ketahui kesan bahaya akibat gigitan semut Charlie
Kanak-kanak 3 tahun mangsa gigitan semut Charlie di Kuala Lumpur, semut charlie bahaya, digigit charlie, bisa semut charlie, kesan gigitan semut charlie, gigitan tomcat, semut kayap makan kulit, mangsa gigitan semut charlie
Kanak-kanak 3 tahun mangsa gigitan semut Charlie di Kuala Lumpur
Melihat pada gambar kaki Syara, kelihatan luka melepuh seperti terkena percikan api dan luka teruk di kaki kiri akibat terkena toksin serangga Charlie. Pada awalnya, belakang lutut Syara kelihatan merah seperti ruam. Namun keesokkannya, ruam tersebut bertukar menjadi makin merah dan menggelembung. Kredit: Mangsa gigitan semut Charlie di Malaysia

Bayi kena gigitan semut Charlie di Indonesia, semut charlie bahaya, digigit charlie, bisa semut charlie, kesan gigitan semut charlie, gigitan tomcat, semut kayap makan kulit, mangsa gigitan semut charlie
Bayi kena gigitan semut Charlie di Indonesia
Tak sampai hati tengok. Kesian sangat. Moga bayi ni kuat hadapi kesakitan terkena toksin semut semai / tomcat.

Mangsa derita terkena bisa semut Charlie di Pulau Pinang, semut charlie bahaya, digigit charlie, bisa semut charlie, kesan gigitan semut charlie, gigitan tomcat, semut kayap makan kulit, mangsa gigitan semut charlie
Mangsa derita terkena bisa semut Charlie di Pulau Pinang
 Gigitan semut Charlie meninggalkan parut kekal di anggota tubuh badan

Charlie atau nama saintifiknya kumbang Rove mempunyai toksin yang boleh menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit teruk iaitu ‘dermatitis linearis’, malah boleh mengancam nyawa jika mengalami alahan teruk.


Kenali serangga berbisa Charlie:

- Sebelum terkena baik selamatkan diri: 13 cara elak dan cegah serangan semut charlie

Charlie yang juga dikenali sebagai semut kayap dan tomcat mengandungi toksin paling berbisa di dunia. Toksin ini bernama pederin dan mempunyai tahap keracunan tinggi biarpun selepas dikeringkan dan disimpan selama lapan tahun. Sangat dahsyat bisa semut Charlie. Kita dah tahu betapa bahaya kesan gigitan semut Charlie, bahaya gigitan tomcat. Selepas mengecam rupa bentuk semut semai, semut kayap, kena berhati-hati bila kita jumpa serangga yang kelihatan seperti semut Charlie.

No comments:

Post a Comment