Bisa Semut Charlie Buat Mangsa Derita

Semut Charlie Berbisa | Kesan toksin serangga Charlie buat mangsa derita akibat bisa Charlie. Serangga Charlie juga dikenali sebagai kumbang rove, tomcat, semut kayap dan semut semai. Gigitan semut Charlie membawa padah! Akibat gigitan tomcat, mangsa akan mengalami penyakit kulit yang teruk, efek gigitan tomcat.

bisa semut charlie buat mangsa derita, kesan toksin serangga charlie, semut charlie berbisa, mangsa derita akibat bisa serangga charlie, gigitan semut charlie, akibat gigitan tomcat, efek gigitan tomcat
Bisa semut charlie buat mangsa derita
Kes terbaru mangsa semut Charlie merupakan kanak-kanak berusia 3 tahun. Hancur kulit kakinya akibat penyakit kulit kesan toksin tomcat yang berbahaya.

Adakah semut kayap Charlie boleh menyengat orang?
Semut Charlie atau tomcat tidak mengigit ataupun menyengat mangsanya. Jadi bagaimana seseorang boleh mendapat bisa semut Charlie? Sebagaimana yang kita tahu kesan akibat terkena bisa semut Charlie amat bahaya. Parah kalau tidak dirawat dengan segera.

Bisa semut Charlie amat bahaya!
Cara serangga Charlie mengeluarkan racun berbisa tidak melalui sengatan namun badannya akan mengeluarkan cecair secara automatik apabila tersentuh sesuatu. Begitu juga kalau semut charlie bersentuhan dengan kulit manusia secara langsung. Cecair racun berbisa semut Charlie akan merembes keluar.

Charlie atau nama umumnya kumbang Rove mempunyai toksin yang boleh menyebabkan penyakit kulit atau radang selaput mata ‘dermatitis linearis’, malah boleh mengancam nyawa jika mengalami alahan teruk. Toksin ini digelar bisa semut Charlie.

Cecair racun Charlie boleh jadi terkena pada pakaian kita, di anggota badan kita, mahupun terkena sapu tangan. Cairan hemolimf atau toksin ini disebut sebagai 'aederin'. Jika kita merasakan pakaian kita terkena cecair bisa semut Charlie, segera bersihkan pakaian tersebut. Gantikan dengan pakaian baru. Ini bagi mengelakkan kita terkena racun berbisa serangga Charlie.


Kenali serangga berbisa Charlie:

- Sebelum terkena baik selamatkan diri: 13 cara elak dan cegah serangan semut charlie

Kesan selepas terkena toksin serangga Charlie, anggota badan kita akan menjadi kemerahan dan gatal. Kemudian, luka melepuh seperti terkena percikan api. Ianya amat menyakitkan. Waspada kehadiran tomcat, bisa semut Charlie buat mangsa derita. Malah parut luka juga kekal bertapak di badan kita selamanya.

No comments:

Post a Comment