Peserta Tersingkir Konsert AF 2016 Minggu 5

Peserta AF 2016 Tersingkir Konsert Minggu 5 | Konsert Akademi Fantasia 2016 Minggu 5 dahpun berlangsung pada 18 September 2016. Menyaksikan 9 orang peserta dengan lagu mereka masing-masing.

Siapa Tersingkir Konsert Akademi Fantasia 2016 Minggu 5?
Di awal konsert, EMY, RIANA dan JASPER diumumkan sebagai peserta tersingkir untuk konsert minggu lalu. Untuk konsert AF 2016 minggu 5 ni, tiada penyingkiran dilakukan. Ini bermakna 9 peserta akan mara ke Konsert Akademi Fantasia 2016 Minggu 6.

Pengumuman Pelajar Tersingkir Di Awal Konsert Akademi Fantasia 2016 Minggu 5
Pertama kali dalam sejarah Akademi Fantasia di mana nama peserta AF 2016 yang tersingkir di minggu 4 akan dihebahkan semasa Konsert AF 2016 minggu 5 berlangsung. Sememangnya penyingkiran Riana dan Jasper layak dilakukan. Dari minggu pertama sampai minggu keempat, persembahan nyanyian biasa-biasa sahaja, tiada tarikan.

Emy, selaku juara Joharockstar juga kecundang di minggu 4. Hanya sempat perform untuk 1 konsert AF sahaja. Malangnya persembahannya minggu lalu gagal memikat hati penonton. Persembahan kurang bertenaga, pancit. Ada part feel tu sampai, ada part feel tu terbabas. Dan high notenya juga tak sampai.

Penyingkiran Jasper dan Riana sudah dapat diagak. Namun penyingkiran Emy agak mengejutkan. Sebab baru pertama kali nyanyi kat pentas AF, tiba-tiba kena out terus. Actually nak dengar vokalnya yang sebenarnya, apa faktor wow yang dia ada, namun, rezekinya di platform AF ternoktah di konsert minggu 4.

peserta tersingkir konsert af 2016 minggu 5, siapa tersingkir konsert akademi fantasia 2016 minggu 5, peserta akademi fantasia 2016 tersingkir konsert minggu kelima
Gambar Akademi Fantasia AF 2016

Info AF2016:

No comments:

Post a Comment