Gambar hari jadi Yahaira Leanne anak Yusry dan Lisa Surihani. Alhamdulillah,
pada 15 September 2016 yang lalu, genap la umur Yahaira Leanne 1 tahun. Nak update
hari tu, akibat kebizian, akhirnya entry ni terperam. Hari ni, berkesempatan
nak wish kat adik comel Yahaira Leanne SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN ye.
Lihat: BIODATA
YAHAIRA LEANNE
4 Gambar Sambutan Hari Jadi
Yahaira Leanne
Majlis hari jadi Yahaira Leanne |
Kek birthday Yahaira Leanne tema biru. Cantiknya! |
Gambar Yahaira Leanne bersama ibu dan ayahnya, Lisa dan Yusry |
Yahaira Leanne sambut hari lahir 1 tahun |
Ucapan Lisa Surihani Sempena
Hari Jadi Yahaira Leanne
"Anak tersayang kami, Yahaira Leanne Yusry, genap setahun 11.44
malam tadi [15/09/2016]. Tarikh hari ini menjadi kegemaran saya atas banyak sebab
untuk diingati dalam hati. Syukur Alhamdulillah ya Allah untuk rahmat dan restu
istimewa yang hadir dengan kelahirannya. Saya dan suami belajar banyak versi
benda baharu yang indah. Pada tarikh ini juga kami bagai diberi hidup semula
sebagai ibu bapa. Melihat dia (Yahaira) membesar, ia fasa berbeza kami saban
hari. Kami sayang kamu”. – Lisa Surihani
Ucapan Hari Lahir Yusry
Buat Anaknya Yahaira Leanne
"Setahun lalu, jam 11.44 pm kamu (Yahaira) hadir dalam hidup kami
dan mengubah segala-galanya. Kamu tidak dapat membayangkan keriangan dan
keseronokan yang kami rasakan apabila melihat kamu membesar setiap hari. Lesung
pipit yang kelihatan ketika kamu senyum menjadi senyuman paling cantik saya
lihat, sekalipun kamu belum ada gigi ketika itu. Ketawa kecil dan
berdekit-dekit kamu semuanya menjadi memori indah dalam hidup saya. Sekarang,
kamu ada sudah ada tiga batang gigi dan kami teruja menanti langkah pertama
kamu untuk berjalan. Selamat hari lahir sayang. Kami sayang kamu." – Yusry
Abdul Halim
Moga adik Yahaira Leanne membesar dengan sihat, jadi anak solehah,
berjaya di dunia dan akhirat. Selamat hari lahir yang ke 1 tahun.
No comments:
Post a Comment