Coretan
Da’i Wan Buat Safiey Ilias / Sofea Elias. Safiey Elias
kembali menjadi Sofea Elias. Penghijrahan Safiey Ilias tidak kekal lama apabila
baru-baru ini beliau menyatakan kembali kepada watak Sofea Ilias. Siapa Sofea
Elias? Ada yang melabelkan sebagai mak nyah, pondan, Safiey Ilias jutawan muda. Lihat: BIODATA
SAFIEY ILIAS***
Sungguh berat ujian buat Safiey Ilias.
Di mana ketika dia benar-benar ingin berubah, ingin berhijrah, dirinya berdepan
kritikan hebat setiap masa. Moga isi kandungan surat Da’i Wan buat Safiey Ilias
ini membuatkan Safiey Ilias jauh merenung ke dalam akan isi tersurat dan
tersirat mesejnya.
Surat
Da’i Wan Buat Safiey Ilias / Sofea Elias
Wan tidak punya panjang bicara lagi,
kerana kita sudah bercakap dalam What's app hampir 1 jam tadi dengan bertujuan
untuk pujuk Safiey, istiqomah semula. Namun malam ini, Wan tak berjaya. Safiey,
kata hati penat. Letih. Tak tahan lagi dengan semua ini. Fed up. Wan tenangkan
Safiey lagi, berkali-kali juga.
Untuk jangan.. Untuk sabar..... Seluruh
ahli keluarga Safiey pun melakukan yang sama. Wan terfikir ditempat ahli keluarga
Safiey, jika Wan menjadi salah seorang dari ahli keluarga Safiey, pasti Wan
akan terasa:
"Kadang-kadang dia tak tahu
betapa kita sayangkan dia. Dia tetap dengan pilihan dia sahaja."
Mengapa disimpan pada hati sendiri dan
biar ia terluka seorang diri Safiey, sedangkan kami yang mendoakan, tetap
sahaja bersama. Safiey, pandanglah kami yang terdekat ini, jika yang jauh boleh
mengecammu. Kami yang dekat ini tidak Safiey lihatkah, mereka yang jauh dengan
kecaman, itu yang Safiey pertimbangkan.
Wan telah pesan tadi. Kini bukan
waktunya menilai dengan hati. Kerana ia berada dalam keadaan sakit, penat dan
terluka. Gunakan anggota lain waktu ni Safiey, ia adalah akalmu. Cari masa
untuk kuat semula. Gunakan ia untuk melawan dan bermula baru dengan berhikmah.
Lakukan atas nama dakwah. Bukan atas jagaan hati dan pandangan manusia lagi,
sebab itu kamu penat, kamu kecewa, kamu terduduk sebentar sambil tertunduk. WaAllahi,
Allah akan bantu kamu Safiey.
Safiey, Cuba lihat apa yang telah kamu
miliki hari ini?
"Ahli keluarga yang selalu
bersama dalam pahit manis liku hidup Safiey, sahabat2 dekat yang tahu Safiey
lebih dari semuanya, rakan2 perniagaan yang menjadikan kamu contoh usahawan
berjaya, agamawan yang memandang hijrah Safiey sebagai satu kesan baik pada agama
& orang-orang sekeliling yang pernah titipkan masa mereka untuk dengar
luahan dan kisah Safiey diserata Malaysia."
Kalau pun Safiey penat, kecewa, letih
kerana mereka yang acapkali menghentam, mengkritik, negatif viewers. Ketepikanlah
semua itu malam ini, semata untuk Allah dan kami. Kesiankanlah kami yang
bersamamu ini. Fikirkanlah kami juga. Janganlah kembali seperti dulu, Safiey. Sabarlah...
Sabar... Sabar. Semakin Safiey sabar, semakin tinggi darjatmu disisi Allah,
apatah lagi malaikat, apatah lagi manusia.
Safiey, this is for you.
"Tiada insan suci yang tidak
punya masa lampau, dan tiada insan berdosa yang tidak punya masa depan."
Ini ungkapan yang pernah Safiey
ungkapkan dulu sewaktu Wan tonton kamu Live di Tv, dan kamu menangis kerana
Hidayah-Nya. Atas nama syukur, pertahankanlah ia. Pertahankannya.
Yang benar, Da'i Wan – Sumber: Facebook
Da’i Wan
Gambar
Da’i Wan bersama Safiey Ilias / Sofea Elias
Ini gambar pertama kali kita bertemu dalam aturan Allah swt, Safiey Ilias. |
3
Komen Netizen Agar Safiey Ilias Kuatkan Semangat, Pedulikan Kritikan, Kembali
Ke Pangkal Jalan Semula
1. Walau pun saya bukan pengemar
gossip... Tapi saya doakan Safiey Ilias tetap tabah dengan dugaan Allah...
Mulut orang memang susah nak tutup... Tapi Jika Safiey lakukan kerana Allah..
Inshaallah semuanya akan berjalan dengan lancar... Sesungguhnya dugaan dari Allah
adalah cara Allah tunjukkan Dia masih sayang pada Safiey... Be tough we will
alway be behind u.
2. Jangan dibiarkan nafsu mengalahkan
akalmu Safiey Ilias... Jangan kalah dengan manusia bukan manusia yang menolong
kamu kelak... Tak perlu takut tak perlu fikir tak perlu risau tak perlu sedih tak
perlu fed up tak perlu penat akan cemuhan hinaan dan kutukkan manusia sebab
ianya tidak menjaminkan syurga buat kamu... Fikir Allah fikir ibu bapamu fikir
keluargamu fikir akan azab matimu jika kamu kembali pada kemungkaran... Kita hidup
bukan untuk tinggal tapi untuk meninggal... Semoga kamu kuat dan tabah dan
terus beristiqomah...Amin Ya Rabbal Alamin.
3. Sesungguhnya bila kita nak jadi
jahat ni senang sangat, tapi bila kita nak berubah ke arah kebaikan, punya la
hebat dugaannya sebab apa? fikirkanlah.. ingat, bila kita diuji tu bukan suka-suka
allah nak uji, dalam ujian tu terselit beribu hikmah dan ingatlah, di dalam
ujian itu juga diberi ganjaran pahala. in sha allah.. teruskan berdakwah,
teruskan istiqamah..
Mesej
disampaikan Heliza dalam surat ini sangat-sangat benar dan menyedarkan: SURAT
HELIZA HELMI BUAT SAFIEY ILIAS***
Sangat menyentuh sekali akan kata-kata
sokongan dari rakyat Malaysia, yang dalam diamnya juga mengambil berat akan isu
yang dialami Safiey Ilias. Surat Da’i
Wan buat Safiey Ilias atau dikenali juga Sofea Elias, moga Safiey menilai semula tindakan Safiey. KepadaNya
kita datang, kepadaNya juga kita akan kembali.
No comments:
Post a Comment