Sinopsis Drama Bahagia Kasihmu TV3
| Bahagia Kasihmu mengisahkan Tasnim yang diburu masa silam. Tasnim sentiasa
kegelisahan. Kepahitan semalam mendera perasaan. Terus, dia tidak berani
mencintai. Jauh sekali membiarkan dirinya dicintai. Dia sentiasa sedar di mana
dia berpijak. Di penjuru mana dia berdiri.
Kemunculan Zarul, memang tidak diduga. Tanpa sedar, lelaki itu menjadi
watak penting dalam hari-harinya. Dia seolah terikat dengan Zarul. Ingin
menjauh, tetapi makin dekat pula jadinya. Dalam diam, sedetik rasa mula
bertunas dalam jiwanya.
“Awak adalah perempuan yang berjaya membuka pintu hati saya. Siapa pun
awak sebelum ini, saya tak kisah.Izinkan saya bahagiakan awak.”
Tasnim terkedu. Pertemuan mereka tidak pernah dirancang. Perkenalan
mereka tanpa salam. Lalu, semudah itukah dia melafazkan kata cinta?
Kata pujangga, apabila hati disimbahi cahaya cinta, sinarnya akan
dapat dibaca pada seri wajah. Begitulah hebatnya kuasa cinta. Jadi, wajarkah
dia menolak hakikat sebuah kehidupan?
Hakikatnya, cinta itu permulaan sebuah derita. Dibayar de-ngan air
mata sekalipun belum tentu mendatangkan bahagia sekelip mata.
Pergilah cinta, andai itu mampu mengembalikan kebahagiaan. Biarkan
sahaja bahagia kasih itu berlalu, andainya itulah harga sebuah kepahitan yang
perlu dibayar. Biarlah rindu ini terus tersimpan dalam lipatan memori cinta. Saksikan
segalanya dalam drama Bahagia Kasihmu di kaca tv anda.
Pelakon Drama Bahagia Kasihmu TV3
Fezrul Khan sebagai Zarul
Eyka Farhana sebagai Tasnim
Farisha Irwayu, Afifah Nasir, Qazem Nor, Tisha Shamsir, Fazlina Ahmad
Daud, Mimi Ernida, Julia Ziegler, Firdaus Ghufran
Gambar Drama Bahagia Kasihmu TV3
Bahagia Kasihmu drama adaptasi novel karya Fatin Nabila |
Tonton drama Bahagia Kasihmu
Tarikh Bahagia Kasihmu disiarkan: 2016
Jumlah episod drama Bahagia Kasihmu: 13
Bahagia Kasihmu episod akhir – episod 13
Saluran: TV3
No comments:
Post a Comment