Apa Itu Sekolah Amanah

Program Sekolah Amanah Tahun 2016 | Apa itu sekolah amanah? Pertama kalinya aku mendengar tentang sekolah amanah. Apakah aku telah ketinggalan zaman. Tu pun selepas menonton saluran Awani, yang mana tajuk Program Sekolah Amanah: Teraju Transformasi Pendidikan sedang diketengahkan. Tak sangka rupanya banyak sekolah yang telah menyertai program sekolah amanah. Ada sekolah rendah dan sekolah menengah yang turut sama sertai program ni. 


apa itu sekolah amanah, maksud program sekolah amanah, program sekolah amanah: teraju transformasi pendidikan, konsep sekolah amanah
Sekolah Amanah Malaysia

Apakah Program Sekolah Amanah?
Konsep Program Sekolah Amanah adalah satu usahasama dengan rakan kongsi swasta yang bertujuan untuk mewujudkan model transformasi sekolah yang boleh dijadikan contoh di seluruh negara sebagai wawasan jangka panjang yang strategik. YAB Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia (TPM) telah meluluskan rangka kerja pengoperasian Program Sekolah Amanah, termasuklah autonomi pada 15 Disember 2009 semasa 3rd Education Delivery Task Force (DTF). Program ini telah dilancarkan pada 10 Disember 2010 oleh YAB TPM Malaysia.

Program Sekolah Amanah Untuk Jadi Sekolah Contoh
Sekolah Amanah merupakan sekolah awam (sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan) yang diurus secara usahasama antara pihak swasta (bakal penaja) yang berkelayakan dan pentadbir sekolah di bawah naungan KPM. Rakan kongsi swasta yang dipilih bagi merintis program ini adalah Yayasan AMIR, iaitu sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Khazanah Nasional Berhad (KNB), penaja bagi program ini. Mesyuarat Program Sekolah Amanah yang dipengerusikan oleh YAB TPM Malaysia pada 16 Ogos 2010 telah memutuskan bahawa Program Sekolah Amanah adalah rintis selama 2 tahun (2011 dan 2012) di bawah KNB.

KPM telah menandatangani Perjanjian Usahasama Sektor Awam-Swasta Bagi Pengoperasian Program Sekolah Amanah bersama Yayasan AMIR pada 3 Januari 2011. Tempoh masa perjanjian adalah selama 5 tahun.

Berapa Jumlah Sekolah Sertai Program Sekolah Amanah?
Sehingga 2015, sebanyak 62 buah sekolah telah terpilih menyertai Program Sekolah Amanah. Ianya merangkumi sekolah rendah dan menengah daripada semua tahap prestasi dengan tujuan menghasilkan peningkatan secara mampan tanpa mengira titik permulaannya.

Pihak Yayasan Amir bersama pihak pengurusan sekolah bertanggungjawab melaksanakan urusan pengoperasian Sekolah Amanah berdasarkan autonomi-autonomi yang telah diberikan iaitu kurikulum, jadual waktu dan kalendar persekolahan, polisi berkaitan murid, perolehan, kewangan dan pengurusan sumber manusia.

Kini fahamlah kita serba sedikit tentang apa itu sekolah amanah. Moga sekolah amanah akan diperluaskan lagi. Lebih banyak sekolah rendah dan sekolah menengah terbabit dengan program sekolah amanah sebegini.

No comments:

Post a Comment