Rawatan Kena Gigit Semut Kayap Charlie | Pernah dengar pengobatan tomcat? Tomcat nama
popularnya semut Charlie, ada yang memanggilnya semut kayap, semut semai,
kumbang rove. Bagaimana untuk pulih selepas terkena bisa serangga Charlie? Semut
Charlie tidak menggigit, tidak juga menyengat, namun cecair toksin pederin yang
keluar dari badan serangga Charlie amat bahaya! Ketahui cara mengatasi serangga
Charlie.
Pengobatan tomcat: cara sembuh dan rawat terkena serangga Charlie |
Cara Merawat Gigitan Semut Charlie
Sekiranya anda sedar bahawa anda telah
diserang oleh serangga Charlie, jangan sentuh permukaan yang telah dilalui
serangga tersebut. Cuci kulit yang terkena semut Charlie dengan sabun dan air. Jangan
letak minyak kapak, minyak angin, balsam, bedak di kawasan yang terkena serangga
Charlie. Dikhuatiri kawasan tersebut akan menjadi parah dan merebak ke tempat
lain.
Kulit
yang terkena toksin pederin tomcat iaitu bisa serangga Charlie, akan menjadi
kemerahan, kulit menjadi radang. Kelihatan seperti ruam merah. Ruam ini
keesokannya akan bertukar menjadi gelembung. Toksin semut Charlie menyebabkan
penyakit kulit yang teruk pada mangsa, lama-kelamaan meninggalkan parut kekal.
Ubat yang digunakan untuk merawat kesan gigitan
semut Charlie adalah menggunakan salep dan antibiotik. Biasanya hydrocortisone
1% atau salep betametasone dan antibiotik neomycin sulfat diberi kepada pesakit
3 kali sehari atau salep Acyclovir 5%.
Kulit yang kemerahan dan radang akibat
gigitan Charlie pasti sakit. Untuk mengurangkan rasa sakit, cuci kawasan
tersebut menggunakan air sejuk. Segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan
rawatan selanjutnya.
Semasa masih dalam keadaan sakit, bagi ruam
dan penyakit kulit yang masih baru akibat serangga Charlie, guna ubat yang
diberi oleh doktor sahaja. Selepas luka telah sembuh sepenuhnya, parut luka
boleh dirawat dengan menggunakan sebarang produk yang boleh membantu proses menghilangkan
kesan parut.
Kenali
serangga berbisa Charlie:
- Ambil tahu: Cara
halau, bunuh dan matikan semut charlie
- Sebelum terkena baik selamatkan diri: 13
cara elak dan cegah serangan semut charlie
Moga dengan perkongsian ini, menambah
pengetahuan anda cara merawat gigitan
semut Charlie. Mungkin dapat membantu saudara mara anda yang terkena
serangga berbisa tomcat ni. Kenal pasti kumbang rove, semut kayap, semut semai,
semut Charlie, ambil langkah berjaga-jaga.
No comments:
Post a Comment