Sinopsis Filem PEKAK

Sinopsis Filem PEKAK Pekak mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Uda yang cacat pendengaran terpaksa menjadi pengedar dadah demi menampung kos pembedahan telinganya. Uda berazam untuk kembali mendengar. Untuk menggapai cita-citanya itu, dia telah terjerumus dalam aktiviti penjualan dadah bagi menampung pembiayaan implan kokleanya.

Dia kemudian telah bertemu dengan Dara, seorang pelajar sekolah bermasalah yang ingin melarikan diri daripada bapanya yang terlalu mengongkong. Cinta antara mereka mula berputik, namun mereka terpaksa menghadapi pelbagai cabaran.

Pelakon Filem PEKAK
Zahiril Adzim, Sharifah Amani, Sharifah Sakinah, Amerul Affendi dan Iedil Putra

Sinopsis Filem PEKAK, pelakon dan gambar Filem PEKAK
Gambar Filem PEKAK
Tarikh filem Pekak mula ditayangkan di pawagam: 1 September 2016

Tahniah buat pengkarya FILEM PEKAK kerana memenangi anugerah International Motivational Film Festival yang diadakan di Restv-on-don, Rusia pada 24 hingga 28 Ogos 2016:
1. Filem Pekak menang anugerah kategori Skrip Terbaik, Alfie Palermo
2. Filem Pekak menang anugerah kategori Pelakon Lelaki Terbaik, Zahiril Adzim

4 comments:

  1. singgah pagi...🌹
    tahniah!waahhhh..kalau lakonan zahiri adzim aka bob mesti besssttt

    ReplyDelete
  2. Filem yg membuatkan guru2 sakit kepala. Nilai2 murni yg diajar disekolah telah dirobek sewenang2nya oleh filem ini....hentikan penyebaran dakyah negatif melalui filem. Sesiapa yg mengajar atau menganjurkan maksiat,dan maksiat ini diikuti oleh org lain,pwnganjur akan mendapat dosa yg sama dgn pelakunya bahkan kata nabi dosanya tidak berkurang sedikit pun....

    ReplyDelete
  3. Filem yg membuatkan guru2 sakit kepala. Nilai2 murni yg diajar disekolah telah dirobek sewenang2nya oleh filem ini....hentikan penyebaran dakyah negatif melalui filem. Sesiapa yg mengajar atau menganjurkan maksiat,dan maksiat ini diikuti oleh org lain,pwnganjur akan mendapat dosa yg sama dgn pelakunya bahkan kata nabi dosanya tidak berkurang sedikit pun....

    ReplyDelete
  4. Harap ada pengajaran di situ......Bagi orang-orang yang berakal.

    ReplyDelete