Tiada Virus Zika Di Malaysia

Sehingga 29 Januari 2016, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiada virus zika dikesan di Malaysia. Alhamdulillah. Lega. Namun, negara jiran kita iaitu Indonesia, seorang lelaki disahkan dijangkiti virus zika. Risau ni, sebab negara kita ni dekat je. Bersebelahan..

tiada virus zika di malaysia, adakah ada wabak zika di malaysia, status wabak zika di malaysia, indonesia dikesan jangkitan virus zika, gambar nyamuk aedes aegypti pembawa virus zika, gambar bayi kesan jangkitan virus zika
Nyamuk aedes aegypti pembawa virus zika

Sehingga kini, terdapat 22 buah negara melaporkan kes zika iaitu virus dari gigitan nyamuk aedes buat masa ini. Justeru, semua diingatkan agar melindungi diri daripada gigitan nyamuk aedes yang paling aktif pada waktu pagi selain menjaga kebersihan kawasan rumah daripada menjadi pembiakan nyamuk aedes.

Wanita hamil juga diminta mengelakkan daripada pergi ke 22 negara di benua Amerika Latin iaitu Bolivia, Brazil, Colombia, Ecuador, El Salvador, French Guiana, Guatemala, Guyana, Honduras, Mexico, Panama, Paraguay, Suriname dan Venezuela. Di Caribbean: Barbados, Guadeloupe, Haiti, Martinique, St. Martin dan Puerto Rico, Cape Verde, di luar pantai barat Afrika dan Samoa di Pasifik Selatan. Kredit:
Virus zika, gizmodo.com & Risiko virus zika

tiada virus zika di malaysia, adakah ada wabak zika di malaysia, status wabak zika di malaysia, indonesia dikesan jangkitan virus zika, gambar nyamuk aedes aegypti pembawa virus zika, gambar bayi kesan jangkitan virus zika
Gambar bayi terkena jangkitan virus zika di Brazil

Walaupun Malaysia dah disahkan bebas dari wabak zika, kita perlu berjaga-jaga sebab pembawa virus zika ni adalah nyamuk aedes jenis aegypti. Nyamuk aedes ni kat mana-mana boleh hidup asal tempat tu ada air bertakung. Moga selama-lamanya Malaysia selamat dari penularan virus zika.


No comments:

Post a Comment