Apa Itu Rotavirus?

Apa itu jangkitan Rotavirus? Apa punca rotavirus dan bagaimana rotavirus ini merebak menjangkiti kanak-kanak? Baru-baru ini, 2 kes rotavirus dikesan membabitkan dua kes di Pulau Pinang dan 7 kes rotavirus di Kedah. Kesemua mangsa mengalami cirit birit dan muntah yang mana ianya merupakan simptom rotavirus.

Apa itu rotavirus? Apakah yang menyebabkan jangkitan rotavirus?
Maksud rotavirus: ia merupakan sejenis virus berbahaya yang menyebabkan bayi dan kanak-kanak mengalami cirit birit yang teruk. Virus rotavirus ini menular di mana sahaja tanpa mengira. Di taska, tabika, kolam renang, mandi di sungai, taman rekreasi, tempat beriadah, taman permainan kanak-kanak. Kesemua tempat berpotensi berlakunya jangkitan rotavirus. Setiap hari kematian yang disebabkan oleh penyakit ini dilaporkan di seluruh dunia.

apa itu jangkitan rotavirus, punca rotavirus berlaku, bagaimana cara rotavirus berjangkit merebak menular, wabak rotavirus, taska tempat berlaku jangkitan rotavirus, maksud rotavirus, cara rotavirus menyerang
Penyakit rotavirus

Apabila anak-anak mengalami cirit birit dan muntah berpanjangan, segera bawa anak ke hospital untuk dapatkan rawatan. Menurut laporan, kanak-kanak berumur bawah 5 tahun berpotensi besar mudah dijangkiti rotavirus.

Cara rotavirus berjangkit dan merebak
Bagaimana rotavirus tersebar dan menyerang kanak-kanak? Wabak rotavirus boleh berjangkit di kalangan kanak-kanak dan bayi dengan mudah. Rotavirus juga boleh berjangkit hanya melalui sentuhan biasa dan boleh kekal beberapa jam di atas kulit manusia serta mampu bertahan dalam jangka masa yang lama di atas permukaan yang keras. Rotavirus boleh kekal hidup dalam jangka masa yang agak lama di dalam najis individu yang telah dijangkiti. Ia juga adalah sejenis virus yang menyebabkan gangguan di bahagian sistem penghadaman manusia.

Rotavirus merebak melalui pencemaran najis. Jangkitan rotavirus mudah dan senang tersebar apabila kanak-kanak tinggal di taska. Di mana tempat asuhan itu mempunyai ramai kanak-kanak lain. Kanak-kanak yang cirit birit akibat jangkitan rotavirus, boleh mengeluarkan 100 bilion partikel virus setiap gram najis mereka. Menerusi najis atau tahi kanak-kanak ini, berlakunya jangkitan rotavirus pada kanak-kanak lain.

Kes rotavirus berlaku di taman rekreasi
Seperti dimaklumkan di atas, sebanyak 9 kes rotavirus berlaku pada tahun 2016. Yang mana mangsa dikatakan pergi mandi manda di taman rekreasi dekat Bukit Merah, Perak. Selepas mandi, mangsa mengalami cirit birit dan muntah yang mana pihak hospital mengesahkan mangsa mendapat jangkitan rotavirus.

Mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan hanya 3 kes disahkan positif rotavirus. Kesemua mereka dirawat di Hospital Kulim, Kedah dan ibu bapa dinasihatkan agar tidak menghantar anak-anak mereka yang mempunyai gejala cirit-birit ke taska, tadika, sekolah atau kolam renang bagi mengelak merebaknya jangkitan itu kepada orang lain.

Dek kejadian itu, taman rekreasi tersebut telah ditutup buat sementara waktu. Bayangkan dalam sungai pun boleh merebaknya jangkitan rotavirus, apatah lagi kalau kanak-kanak itu mandi di kolam renang, tempat takungan air yang tak mengalir. Pasti menyebabkan rotavirus ini merebak dengan mudah.

Dengan mengetahui apa itu rotavirus, mari sama-sama kita amalkan kebersihan. Sentiasa mencuci tangan sebelum penyediaan makanan. Jangan hantar anak ke taska jika melihat ada tanda-tanda rotavirus pada anak. Segera bawa anak jumpa doktor. Moga anak-anak kita semua terhindar dari virus bahaya ini, rotavirus.  

1 comment:

  1. KISAH CERITA AYAH SAYA SEMBUH BERKAT BANTUAN ABAH HJ MALIK IBRAHIM

    Assalamualaikum saya atas nama Rany anak dari bapak Bambang saya ingin berbagi cerita masalah penyakit yang di derita ayah saya, ayah saya sudah 5 tahun menderita penyakit aneh yang tidak masuk akal, bahkan ayah saya tidak aktif kerja selama 5 tahun gara gara penyakit yang di deritanya, singkat cerita suatu hari waktu itu saya bermain di rmh temen saya dan kebetulan saya ada waktu itu di saat proses pengobatan ibu temen saya lewat HP , percaya nda percaya subahana lah di hari itu juga mama temen saya langsung berjalan yang dulu'nya cuma duduk di kursi rodah selama 3 tahun,singkat cerita semua orang yang waktu itu menyaksikan pengobatan bapak kyai hj Malik lewat ponsel, betul betul kaget karena mama temen saya langsung berjalan setelah di sampaikan kepada hj Malik untuk berjalan,subahanallah, dan saya juga memberanikan diri meminta no hp bapak kyai hj malik, dan sesampainya saya di rmh saya juga memberanikan diri untuk menghubungi kyai hj Malik dan menyampaikan penyakit yang di derita ayah saya, dan setelah saya melakukan apa yang di perintahkan sama BPK kyai hj Malik, 1 jam kemudian Alhamdulillah bapak saya juga langsung sembuh dari penyakitnya lewat doa bapak kyai hj Malik kepada Allah subahanallah wataala ,Alhamdulillah berkat bantuan bpk ustad kyai hj Malik sekarang ayah saya sudah sembuh dari penyakit yang di deritanya selama 5 tahun, bagi saudara/i yang mau di bantu penyembuhan masalah penyakit gaib non gaib anda bisa konsultasi langsung kepada bapak kyai hj Malik no hp WA beliau 0823-5240-6469 semoga lewat bantuan beliau anda bisa terbebas dari penyakit anda. Terima kasih

    ReplyDelete