Kes Kedua Jangkitan Zika Di Malaysia Mangsa
Orang Sabah | Mangsa Zika Sabah Meninggal Dunia | Sebelum
ni, kes pertama rakyat Malaysia dapat jangkitan zika adalah wanita berasal dari
Klang. Hari ini, kita dikejutkan lagi dengan berita mangsa jangkitan ke 2 zika
di Malaysia. Iaitu seorang lelaki berusia 61 tahun yang berasal dari Sabah.
Kes zika di Sabah
Pada
27 Ogos lalu, mangsa mengalami demam yang teruk, sakit otot dan diarrhea. Pada awalnya
mangsa mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Luyang tiga hari kemudian. Bagaimanapun,
mangsa kemudian dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II untuk rawatan lanjut. Ujian
makmal yang dijalankan ke atas darah dan air kencing mangsa menunjukkannya
positif Zika.
Mangsa mendapatkan rawatan zika di Hospital Queen Elizabeth II |
Dijangkiti zika walaupun tidak ke luar negara
Kes pertama
zika di Malaysia, mengaitkan wanita Klang dijangkiti zika selepas melawat
anaknya di Singapura. Yang juga ketika itu disahkan menghidap zika. Bila balik
Malaysia, wanita tersebut menunjukkan simptom terkena zika, bila dibuat ujian
air kencing, wanita tersebut sah dijangkiti virus zika. Punca dapat zika sebab
pergi ke negara yang ada rekod zika.
Berlainan
pula dengan kes mangsa di Sabah. Mangsa tidak pernah ke luar negara. Siasatan
awal mendapati mangsa tidak ke luar negara, seperti yang berlaku ke atas mangsa
virus Zika di Klang sebelum ini. Persoalannya bagaimana dia mendapat zika. Mungkinkah
vektor nyamuk aedes aegypti sudah masuk ke Malaysia? Yang menjadi penyebab
lelaki ini dijangkiti zika. Kes zika di Sabah masih dalam siasatan.
Mangsa zika di Sabah meninggal dunia
Masih
dalam mood terkejut bila mengetahui lelaki di Sabah dijangkiti zika. Tiba-tiba
terbaca pula mangsa zika Sabah ni meninggal dunia. Tapi puncanya bukan
disebabkan virus zika. Mangsa meninggal dunia akibat komplikasi jantung. Salam takziah
buat keluarga mangsa.
WASPADA
virus zika:
29/01/2016: Tiada
Virus Zika Di Malaysia
No comments:
Post a Comment