Ads GA Leaderhead

Suami Wanita Hamil Mangsa Ke 4 Zika Di Malaysia

Kes Ke-4 Zika Di Malaysia: Tinggal Di Johor Kerja Di Singapura | 2 kes melibatkan zika di Johor Bahru. Berita terkini melaporkan suami kepada wanita mengandung yang disahkan zika beberapa hari yang lalu, juga dijangkiti zika. Ini bermakna suami isteri positif virus zika. Pasangan berkenaan tinggal di Johor Bahru. Kedua-duanya menunjukkan simptom zika, mendapat ruam pada anggota badan.

Sebelum ni, isteri beliau yang hamil 3-4 bulan usia kehamilan disahkan dijangkiti zika. Bila buat pemeriksaan pada suaminya, keputusan mendapati suaminya juga dapat jangkitan zika. Kesian, suami isteri..dua-duanya positif zika. Dugaan lebih berat bila zika menjangkiti isterinya yang tengah mengandung. Sebagaimana yang kita tahu, kesan zika amat merbahaya. Janin yang mendapat jangkitan zika ketika dalam kandungan, menyebabkan kecacatan otak pada bayi.

Apa punca si suami dapat zika? Sebelum ni kita telah dimaklumkan, negara yang berpotensi ada zika, ada kemungkinan kita bakal dijangkiti zika. Singapura salah satu negara yang mempunyai sejarah wabak zika. Si suami yang tinggal di Johor berulang-alik ke Singapura atas urusan kerja. Mungkin dari situ beliau mendapat jangkitan zika.

kes ke-4 zika di malaysia mangsa orang johor, wabak zika di johor, wanita hamil positif zika, ibu mengandung 4 bulan dijangkiti zika, suami isteri dijangkiti zika
Suami Wanita Hamil Mangsa Ke 4 Zika Di Malaysia

Moga kita semua sentiasa berwaspada. Ambil perhatian, ambil kisah perkara berlaku di sekekliling kita. Pada masa yang sama, kita kerahkan tenaga kita untuk membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes. Di halaman rumah, parit, tempat takungan air. Bersihkan semua tempat. Moga kita terhindar dari wabak zika.

WASPADA virus zika:

No comments:

Post a Comment