Semut Charlie Di Malaysia | Dari mana datangnya semut Charlie? Serangga Charlie yang juga dikenali
sebagai semut kayap, semut semai,
tomcat, kumbang rove, Charlie kumbang, cali, amat menggeruni semua orang. Bisa
semut Charlie membuatkan mangsa mempunyai parut luka kekal. Semut Charlie kini
sudah ada di Malaysia, bahkan tomcat juga sudah ada di Indonesia. Di mana habitat semut Charlie ini?
Gambar semut Charlie |
Kes gigitan semut Charlie di Malaysia
Berita
terkini melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun mendapat
jangkitan semut kayap Charlie. Agak menggerunkan melihat kulit badannya yang
hancur dek serangan serangga Charlie. Sangat simpati melihat budak sekecil itu
menderita penyakit kulit. Tertanya-tanya, dari mana serangga Charlie ini datang?
Bagaimana budak kecil ini terdedah dengan semut kayap? Semut Charlie memang
bahaya!
Mangsa digigit semut Charlie menderita penyakit kulit |
Habitat Semut Charlie
Mengikut
bacaan semut charlie Wikipedia, serangga
charlie ini ada kaitan dengan petani. Di kawasan pertanian inilah menjadi
habitat semut Charlie. Semut Charlie bermanfaat dalam sistem ekologi. Semut
semai mempunyai peranan sebagai predator iaitu sebagai serangga pemangsa kepada
serangga atau arthropoda jenis lain.
Semut
semai merupakan predator yang penting pada penanaman kacang soya, khususnya
sebagai predator hama ulat Helicoverpa armigera. Jadi, boleh kita simpulkan
serangga Charlie ini mendatangkan kebaikan untuk pertanian.
Dalam
pertanian, tomcat memberi manfaat kepada petani di mana ianya menghapuskan
hama. Tomcat merupakan kelompok serangga pertanian, namun terdapat kes 4 tahun
yang lepas bermulanya gangguan kesihatan manusia akibat serangga Charlie.
Kenali
serangga berbisa Charlie:
- Ambil tahu: Cara
halau, bunuh dan matikan semut charlie
- Sebelum terkena baik selamatkan diri: 13
cara elak dan cegah serangan semut charlie
Kini kita
sudah tahu tempat tinggal serangga Charlie, kediaman tomcat, sarang semut semai, rumah semut kayap
yang menjadi habitat semut Charlie tinggal
selama ini. Serangan serangga Charlie ni ada musim. Mungkin ketika kacang soya
sudah sedia untuk dituai, ketika itu musim semut Charlie melanda. Dah ada ilmu
pasal semut Charlie, lega sikit, kita tahu apa yang perlu kita buat, apa yang
jangan kita buat.
Nasib baik malam tadi saya bangun dari tidur kalau tidak sudah digigit belakang saya
ReplyDelete