Punca, Tanda-Tanda Virus Zika & Cara Rawatan

Tanda-Tanda Gejala Simptom Terkena Virus Zika & Cara Rawatan Demam Zika | Apakah simptom utama orang yang terkena virus Zika? Bagaimana nak tahu jika seseorang tu mendapat demam Zika? Apa punca virus Zika? Adakah ada ubat penawar virus Zika? Cara merawat orang yang terkena demam Zika. Jom baca.

Orang yang dijangkiti virus Zika tidak jatuh sakit. Simptom yang boleh kita kesan jika seseorang mendapat virus Zika berdasarkan ciri-ciri berikut:
Tanda-Tanda Gejala Simptom Terkena Virus Zika
- Sakit kepala
- Ruam pada kulit
- Sakit sendi
- Mata kemerahan

Cara Rawatan Demam Zika
Persoalan bermain di minda. Macam mana nak merawat demam Zika? Seseorang yang dijangkiti virus Zika menerusi nyamuk aedes, akan mendapat demam Zika. Seperti denggi, sehingga kini belum ada vaksin atau ubat spesifik yang boleh melawan virus Zika.

Ini bermakna, tiada rawatan untuk penyakit demam Zika. Orang ramai masih tidak imun kepada virus Zika ni yang berpunca dari nyamuk Aedes sebagai pembawa masalah virus Zika. Sumber: Virus Zika

Lebih teruk lagi, jika virus Zika menyerang ibu hamil atau wanita mengandung. Ia akan menyerang bayi dalam kandungan ibu hamil sehingga menyebabkan kecacatan otak pada bayi dalam rahim.
 
Punca virus zika, tanda-tanda gejala simptom terkena virus zika, cara rawatan demam zika, penyebab virus zika, kesan bahaya virus zika pada ibu hamil dan bayi
Gambar kesan jangkitan virus Zika terhadap bayi
Kredit foto: gizmodo.com

Punca Virus Zika
Apakah yang menjadi punca virus Zika dan di negara mana adanya risiko jangkitan virus Zika? Menurut sumber, virus Zika (Zee-ka) ditemui kali pertama pada monyet di Uganda pada tahun 1947. Namanya diambil dari sebuah hutan Zika iaitu lokasi di mana virus itu ditemui.

 Virus Zika ini berasal dari tropika Afrika, merebak ke negara Brazil dan kini Amerika Syarikat bakal berdepan masalah virus Zika. Cara sebaran virus Zika ialah menerusi gigitan nyamuk aedes aegypti yang mana menyebabkan demam denggi, chikungunya dan demam kuning. Cuma demam Zika ni berpunca dari nyamuk yang membawa virus Zika sahaja.

Moga perkongsian punca, tanda-tanda virus zika dan cara rawatan demam zika memberi kesedaran dalam diri kita akan bahayanya jangkitan virus yang tidak ada penawar ni. Hapuskan pembiakan nyamuk aedes di halaman rumah. Sentiasa berwaspada akan takungan yang boleh menjadi rumah nyamuk aedes bertelur.


No comments:

Post a Comment