Masalah
haid terlalu banyak dan darah berketul sering melanda wanita. Orang perempuan datang bulan. Kenapa darah haid
keluar berketul-ketul? Darah haid menggumpal membuatkan kita rasa risau. Sudah
la mengalami period lama dan banyak, darah period berketul pula. Malah ada yang
dilanda haid berpanjangan tapi sedikit, bagaimana cara hentikan haid
berpanjangan? Kenapa period lama?
Perubahan
juga berlaku pada warna darah haid. Biasa darah haid yang sering kita lihat
warna merah. Bagaimana pula kalau darah haid warna coklat dan hitam? Darah haid
warna hitam adakah menunjukkan kesihatan kita bermasalah? Penuh pertanyaan dan
ingin tahu.
Masalah haid berpanjangan dan darah keluar berketul |
Haid keluar dengan banyak dikenali sebagai menoragia. Darah period yang keluar dengan banyak pasti membuatkan
kita keletihan, sebab perlu berulang alik ke tandas dengan kerap. Pernah terjadi
pada kawan aku sendiri di mana dia perlu memakai dua tampon sekaligus bagi
mengelakkan darah haid bocor ke kain. Bayangkan korang 2 modes tu dilekat
bersama, mesti tak selesa. Dah la tebal.
Yang buat
aku musykil, macam mana pad tu boleh tembus ke pad lagi satu. Kan..macam tak logik
pulak. Tapi tu la yang kawan aku pernah buat masa sekolah menegah dulu. Gara-gara
haidnya yang terlampau banyak. Kes haid bocor memang biasa kat sekolah. Dah la
pakai baju sekolah kaler putih. Nampak tompok merah sikit, kantoi la. Orang tahu
kita tengah period.
Masalah haid yang berpanjangan mendatangkan kebimbangan bila mana perempuan
yang beragama Islam tidak dapat solat dengan sempurna. Biarpun dibolehkan
bersolat selepas tempoh 15 hari didatangi haid, namun keadaan ini mendatangkan
ketidakselesaan kepada dirinya.
Darah haid menggumpal pasti buat kita risau. Apa punca darah haid keluar berketul-ketul? Macam
seram je tengok. Rasa macam isi je keluar. Haha. Kalau ketul kecil, tak jugak,
kengkadang darah period berketul
besar nampak macam menggelikan.
Sesiapa
di luar sana mengalami masalah
pendarahan haid atau menoragia yang banyak, anda dinasihatkan agar berjumpa
dengan doktor. Doktor akan melakukan pemeriksaan imbasan ultrabunyi untuk
mengimbas sistem reproduksi wanita sama ada mengalami masalah atau tidak.
Tujuannya adalah untuk meneliti persekitaran rahim bagi mengenal pasti masalah
fibroid, mengukur ketebalan dinding rahim dan kemungkinan wujudnya sista dalam
ovari.
Pendarahan haid banyak berlaku kepada wanita yang berumur melebihi
40-an kerana gangguan kitaran pengovulan pada ovari. Apabila terlalu tebal,
dinding rahim akan luruh dengan banyak dan mengakibatkan pendarahan yang
banyak. Selain itu, wanita yang mengalami masalah fibroid juga boleh mengganggu
pendarahan haid jika saiznya sudah terlalu besar atau kedudukannya dalam rongga
rahim yang besar.
Disarankan
juga wanita yang dah melahirkan anak, selepas bersalin, untuk buat pemeriksaan pap smear. Pemeriksaan pap
smear juga penting untuk memeriksa kesihatan rahim kita. Sebaiknya pemeriksaan pap
smear dilakukan setiap 3 tahun.
Anda ada
masalah haid berpanjangan? Darah keluar berketul-ketul? Apa kata
jumpa doktor untuk mencari punca permasalahan anda. Jadi wanita ni
menyeronokkan, ada cuti solat. Cuti khas untuk wanita sahaja. Tapi bila cuti tu
didatangi dengan kes di mana period datang bagi tempoh yang lama, kemudian darah
period pula berketul, darah period menggumpal, meresahkan hati. Kan kan..
No comments:
Post a Comment