Seorang lelaki Indonesia disahkan
dijangkiti virus zika. Virus zika tersebut dikesan di Sumatera, Indonesia. Errrr
menakutkan! Dah la negara kita bersebelahan je, risaunya! Sebuah institut
penyelidikan menyatakan, pihaknya menemui satu kes positif virus zika di
Sumatera.
Institut Biologi Molekular Eijkman
mendedahkan, seorang lelaki berusia 27 tahun yang tinggal di Daerah Jambi, di
Pulau Sumatera yang tidak pernah ke luar negara telah dijangkiti virus zika.
Nyamuk aedes aegypti pembawa virus zika |
Penemuan kes zika terbaru itu bermula
bila mana pihak Institut Biologi Molekular Eijkman menjalankan kajian mengenai
wabak denggi di kawasan tersebut. Daripada 103 spesimen negatif denggi yang
diperiksa, 1 kes mengandungi positif virus zika. Sumber: virus
zika dikesan di Indonesia
Aktiviti pengambilan spesimen itu dibuat
pada Disember 2014 sehingga April 2015, ketika merebaknya demam denggi di Jambi.
Penemuan jangkitan virus zika pada lelaki tersebut tidak dapat diketahui dari
mana puncanya virus tersebut. Ini kerana lelaki tersebut tidak pernah ke luar
negara. Jadi, persoalannya bagaimana dia boleh mendapat jangkitan virus zika.
Jadi, dengan penemuan virus zika dalam
badan lelaki tersebut, pihak Institut Biologi Molekular Eijkman merumuskan
virus itu sudah berada di Indonesia sejak beberapa bulan lalu. Argh! Bertambah seram
pulak aku. Negara jiran kita tu. Tu ha, sebelah je.
Untuk pengetahuan bersama, virus zika
dibawa oleh nyamuk aedes jenis aegypti yang juga menyebarkan demam denggi dan
virus chikungunya. Tanda-tanda terkena jangkitan virus zika ialah mengalami selsema,
demam gred rendah, pening, lemah sendi dan ruam. Setakat ini, negara Brazil
paling teruk penularan wabak zika. Dilaporkan sebanyak 1.5 juta kes pesakit
dijangkiti virus zika.
WASPADA
virus zika:
No comments:
Post a Comment