Ads GA Leaderhead

Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 2017

Borang Permohonan Masuk Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan 1 Ambilan 2017. Jom daftar anak ke sekolah MRSM! Hebahan buat semua, khasnya buat pelajar lepasan UPSR tahun 2016, pendaftaran pelajar ke MRSM ambilan 2017 kini dibuka. Isi segera borang permohonan masuk sekolah MRSM bagi tingkatan satu sebelum tarikh tutup tiba. Berikut merupakan panduan cara buat permohonan kemasukan anak ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Isi borang permohonan online masuk MRSM tingkatan 1, borang permohonan tingkatan 1 mrsm ambilan 2017, syarat permohonan kemasukan maktab rendah sains mara (mrsm), semakan kemasukan mrsm tingkatan 1 2017, syarat kemasukan mrsm, kemasukan mrsm 2017, permohonan mrsm tingkatan 1 2017, permohonan mrsm 2017
Isi borang permohonan online masuk MRSM tingkatan 1
Syarat Kemasukan Sekolah MRSM Form 1
Pelajar mestilah Warganegara Malaysia;
Pelajar Bumiputera atau Bukan Bumiputera yang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan;
Mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun semasa bagi pelajar Semenanjung; atau
Mendapat minima 3A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun semasa bagi pelajar Sabah dan Sarawak;
Bergiat aktif dalam bidang kepimpinan, kokurikulum, dan sukan; dan
Keutamaan diberi kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dari sekolah pedalaman, luar bandar dan kawasan bandar yang meliputi kawasan setinggan dan kawasan daif.

Panduan Mengisi Borang Permohonan MRSM Tingkatan 1
Permohonan kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) tingkatan 1 tahun pengambilan 2017:
1. Permohonan ke tingkatan 1 MRSM hanya boleh dibuat menerusi sistem online. Isi borang permohonan di sini: https://mohon.mrsm.edu.my/form1/login.jsp
2. Isi di bahagian LOGIN PEMOHON. Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan. Jika anda baru pertama kali guna sistem ini, sila daftar kata laluan terlebih dahulu.
3. Isi maklumat dalam borang selengkapnya.

Moga perkongsian permohonan kemasukan MRSM tingkatan 1 ambilan 2017 memberi manfaat buat semua. Tempoh buat permohonan MRSM ini bermula dari tarikh 13 September 2016. Semoga permohonan anda lulus dan anak anda berjaya masuk sekolah MRSM. All the best!

2 comments:

  1. Wah...UPSR baru je lepas tapi borang kemasukan ke MRSM dah keluar.

    Moga ramai anak-anak kita yang betkaya dengan cemerlang dapat masuk ke mana-mana MRSM.

    ReplyDelete
  2. Saya ada kemusykilan...kalau log in sekolah kawalan guna kp ibu atau bapa...mesm guna kp siapa...anak ke waris

    ReplyDelete