Kesan Bahaya Jangkitan
Virus Zika Terhadap Ibu Mengandung Dan Janin (Bayi) | Kesan virus zika
terhadap ibu hamil atau wanita mengandung sangat bahaya! Ini kerana virus
nyamuk aedes Aegypti menyerang janin dalam kandungan ibu mengandung. Jangkitan virus
zika menjadi punca dan penyebab bayi yang dilahirkan berkepala kecil seperti
yang berlaku di Brazil.
Gambar bayi kesan jangkitan virus zika di Brazil |
Kesan Bahaya
Nyamuk Aedes Aegypti Pembawa Virus Zika
Kesan bahaya penularan virus Zika menyebabkan
risiko kecacatan otak bayi dalam kandungan dan menyebabkan bayi lahir dengan
masalah kepala kecil berbanding kepala bayi saiz normal. Masalah ini dipanggil microcephaly.
Komplikasi virus zika mengakibatkan gangguan perkembangan otak bayi. Hish,
kesiannya…
Virus Zika boleh menyerang janin dalam kandungan ibu yang mengandung di awal trimester tetapi ia juga dikatakan memberi risiko jangkitan kepada ibu yang sudah memasuki trimester akhir kehamilan.
Bagaimana Virus Zika Boleh Menyebab Kecacatan Otak Pada Janin?
Virus Zika menerusi nyamuk aedes Aegypti, menghisap darah ibu hamil, kemudiannya virus tersebut merebak seluruh badan ibu hamil tersebut, termasuk menyerang janin (bayi) dalam kandungan. Jangkitan virus zika ini menyebabkan kecacatan otak terhadap janin dalam rahim ibunya. Kredit: Virus zika, gizmodo.com & Risiko virus zika

Virus Zika boleh tersebar menerusi
jangkitan kuman kepada janin dan peringkat janin yang paling berisiko
dijangkiti virus tersebut adalah dalam tempoh kehamilan tiga bulan pertama
(hamil trimester pertama). Sindrom microcephaly disebabkan virus zika akan
menyebabkan seseorang kanak-kanak berhadapan kecacatan mental sehingga
membataskan kecerdasan pergerakan otot seumur hidup mereka.
Tersentuh melihat gambar bayi yang
terkena virus zika ni, kepala mereka bersaiz kecil dari bayi normal. Tengok dalam
berita, katanya virus zika ni lebih
bahaya dari wabak ebola. Kesan ebola boleh membawa maut. Kesan virus zika pula mendatangkan kecacatan otak pada janin (bayi) dalam
kandungan ibu hamil. Dunia semakin mencabar, dengan pelbagai jenis penyakit
yang datang tanpa penawar.
WASPADA
virus zika:
7/09/2016: Kes
ke-3 zika di Malaysia: Ibu hamil 4 bulan dijangkiti zika di Johor
Untuk menghindari bahaya virus zika Tutup persediaan air bersih dengan rapat untuk menghindari nyamuk aedes agypti meletakkan telurnya di sana. nyamuk itu yang menjadi kurir virus zika loh
ReplyDeleteterima kasih perkongsian cara mengelak nyamuk aedes aegypti bertelur dan merebak. cara pencegahan virus zika sebegini yang kita perlu praktikkan di kediaman kita
Delete