Ads GA Leaderhead

Lagu Rasmi Harimau Malaysia: Laungkanlah

Lagu Rasmi Harimau Malaysia: Laungkanlah | Harimau Malaya tukar kepada Harimau Malaysia | Kalau dahulu nama Pasukan Bolasepak Kebangsaan Malaysia digelar Harimau Malaya, kini ianya telah diberi penjenamaan baru dikenali sebagai HARIMAU MALAYSIA. Bagi aku, nama baharu Harimau Malaysia lebih kedengaran menarik dan melambangkan imej Malaysia yang mempunyai 14 buah negeri dalam Malaysia.


lagu rasmi harimau malaysia judul laungkanlah, lagu laungkanlah di youtube, harimau malaya tukar kepada harimau malaysia, logo baharu harimau malaysia, gambar pemain harimau malaysia
Gambar pemain Harimau Malaysia
Nama pasukan baru, logo kelab bola sepak Harimau Malaysia pun baru. Ada tengok rekaan terbaru logo rasmi Harimau Malaysia? Logo baharu Harimau Malaysia telahpun dicetak pada jersi pemain. Cantik! Penjenamaan bola sepak Malaysia tampak lebih segar.

Pasukan Bolasepak Kebangsaan Malaysia juga memperkenalkan lagu rasmi Harimau Malaysia berjudul 'Laungkanlah'. Pernah dengar lagu Laungkanlah? Aku pun belum lagi. Tengok kat YouTube belum lagi lagu Laungkanlah dikongsikan di situ. Yang pastinya, mesti rasa semangat bila lagu ni berkumandang di stadium.

No comments:

Post a Comment