Berdasarkan kajian, virus zika mampu
disebarkan menerusi air mata. Kini cara virus zika tersebar bukan hanya melalui
gigitan nyamuk aedes aegypti malahan menerusi air mata ia salah satu punca jangkitan zika merebak. Wabak zika
kian genting saat ini. Menjadi gerunan semua orang.
Kajian
yang dijalankan oleh saintis Amerika Syarikat mendapati virus zika berkemungkinan mampu disebarkan melalui air mata pesakit
yang telah dijangkiti virus tersebut. Pasukan pengkaji tersebut membuat
penyelidikan dengan meletakkan virus itu di bawah kulit seekor tikus dewasa
menyerupai cara manusia dijangkiti oleh gigitan nyamuk.
Tanda-tanda jangkitan zika |
Hasil
keputusan kajian, mereka mendapati virus zika hidup di mata tikus berkenaan
seminggu kemudian dan apabila diuji selepas 28 hari, air mata tikus yang
dijangkiti turut dikesan mengandungi bahan genetik virus tersebut.
Mata
boleh menjadi ‘tempat takungan’ virus zika dan penelitian dilakukan sama ada
mereka yang dijangkiti mempunyai virus itu di bahagian mata. Permerhatian juga
dibuat untuk melihat berapa lama keadaan itu berlarutan - Saintis dari Fakulti
Perubatan Universiti Washington, Dr. Michael Diamond
Selain
cara zika tersebar menerusi nyamuk aedes,
zika boleh didapati wujud di dalam beberapa bahagian tubuh manusia yang
mempunyai sistem imun kurang aktif seperti air mani, air liur, air kencing
termasuk air mata. Keadaan tersebut menjelaskan bagaimana zika merebak
begitu cepat, mengatasi jangkaan pakar jika virus itu hanya dibawa oleh nyamuk.
Berwaspadalah
kita semua. Hapus tempat yang berisiko jadi tempat pembiakan nyamuk. Amalkan kebersihan
dalam dan luar rumah. Buat kesepakatan dengan jiran tetangga untuk bersihkan
halaman rumah masing-masing. Jika mengalami tanda-tanda zika, segera dapatkan
rawatan di hospital.
WASPADA
virus zika:
No comments:
Post a Comment