Tempoh kehamilan sudah memasuki minggu kedua
puluh sembilan mengandung. Kandungan ibu hamil telah pun menjangkau usia 7
bulan. Ketahui kondisi janin sepanjang mengandungkan bayi di dalam
rahim anda. Ikuti perkembangan bayi dalam kandungan dari minggu ke
minggu.
Minggu Dua Puluh Sembilan Hamil (Mengandung 7 Bulan)
Hamil 29 minggu,
ibu hamil kini memasuki usia
kandungan 7 bulan. Ibu mengandung
dinasihati untuk makan 4 vitamin pil hematinik yang penting sepanjang kehamilan
antaranya pil asid folik, vitamin B
kompleks, vitamin C dan pil zat besi (ferrous fumarate).
Info Kehamilan: Perkembangan JANIN Bayi Dalam Kandungan Hamil 29 Minggu
Pada usia fetus (bayi) 29 minggu,
bayi aktif menendang di dalam perut. Saiz bayi di minggu 29 kehamilan
adalah 38sm dari kepala ke jari kaki dengan berat bayi sekitar 1.1 kg. Pembentukan
jantina bayi lelaki dan perempuan semakin jelas. Kepala bayi semakin besar, dan
pertumbuhan otaknya berlaku amat pantas pada masa ini. Kredit: Perkembangan
Fetus: Hamil 29 Minggu
Keadaan Ibu Hamil Ketika Umur Kandungan 29 Minggu
Kondisi ibu mengandung semasa umur kandungan
29 minggu, ibu hamil
dinasihatkan untuk makan makan berkhasiat memandangkan bayi ketika ini
memerlukan nutrient. Wanita hamil akan memerlukan sejumlah besar protein,
vitamin C, asid folik, zat besi dan kalsium (lebih kurang 200mg diserapkan ke
dalam rangka tulang bayi setiap hari). Rangkanya terus mengeras dan otak,
otot-otot dan paru-paru menjadi semakin matang.
Wanita
mengandung juga akan kerap ke tandas untuk membuang air
kecil disebabkan saiz bayi yang makin membesar di dalam perut. Juga menyebabkan
ibu mengandung mudah untuk merasa
lelah dan penat.
Anda telah melepasi trimester pertama mengandung. Tahniah!
Kini anda memasuki hamil trimester tiga.
Kandungan bayi masuk minggu ke 29. Memasuki trimester 3 hamil, ibu hamil dinasihati makan makan berkhasiat dan
menggunakan pakaian longgar dan selesa.
Tips Menjaga Kehamilan Ibu Mengandung
Jangan mengangkat benda terlampau
berat. Banyakkan berehat. Tidur awal di waktu malam agar mendapat kesihatan
yang baik sepanjang kehamilan.
Minum banyak air putih sekitar 8 gelas
atau lebih dalam sehari. Amalkan minum susu ketika hamil. Susu penting untuk
gigi dan tulang bayi yang sedang berkembang di dalam rahim ibu hamil.
Jaga pemakanan sepanjang tempoh hamil.
Jangan makan benda manis berlebihan, kawal diet pemakanan. Perbanyakkan makan
sayuran dan buah-buahan.
Gambar menunjukkan perbezaan saiz bayi di usia kehamilan 4 bulan, 7 bulan sehingga masuk 9 bulan mengandung. Saiz
bayi makin membesar di dalam rahim ketika usia
kandungan masuk minggu ke 29.
Perkembangan Bayi
Dalam Kandungan (Mengandung 7 Bulan)
Perut akan mula memboyot dengan comel.
Itulah yang orang selalu panggil ‘mak buyung’. Dah 7 bulan dah, seronoknya!
sy td scan pn Alhamdulillah besar janin setara dgn usia nya..
ReplyDeleteAlhamdulillah moga baby sis membesar dgn sihat
Deletesetiap kali scan doc excitednye tgk perkembangan dia
samalah..dah masuk minggu ke 29..seronok sangat..
ReplyDeleteKalau scan bby kcil cm mne??
ReplyDeleteKalau scan bby kcil cm mne??
ReplyDelete