Suntikan Anti Tetanus (ATT) Ibu Mengandung
Suntikan anti tetanus (ATT) juga dikenali sebagai vaksin kancing gigi. Bila dimaklumkan
misi yang aku bakal dapat suntikan anti-tetanus, berpinar-pinar mata
aku. Aku ingatkan bila mengandung, hamil macam tu je, sambil makan vitamin yang
doktor bagi. Rupanya kena injection
jugak! Hadoi! Gerun la. Sakit la jugak kalau kena suntikan anti-tetanus
tu.
Apa Itu Suntikan Anti Tetanus (ATT)
Suntikan
tetanus adalah vaksin yang disuntik untuk
mengurangkan kebarangkalian mendapat jangkitan
tetanus. Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh membawa maut disebabkan
oleh racun dari kuman yang dikenali sebagai Clostridium tetani. Kuman
tetanus boleh memasuki tubuh melalui luka yang terbuka. Ia akan merosakkan
sistem saraf dan membunuh pesakit. Namun, ia boleh dicegah melalui suntikan vaksin anti-tetanus (ATT).
Kepentingan Suntikan Anti Tetanus Buat Ibu Mengandung
Nama vaksin anti
tetanus adalah Tetanus
Toxoid (TT) yang bertujuan melindungi ibu hamil dan anak yang bakal
dilahirkan. Antibodi yang dibentuk dalam badan akan dihantar ke bayi untuk melindunginya
sehingga beberapa bulan selepas dilahirkan. Ia juga menghalang kelahiran
pramatang.
Ibu mengandung akan diberi suntikan pelalian anti-tetanus (ATT)
untuk mencegah ibu hamil dan bayi dari dijangkiti tetanus. Jangkitan tetanus
mengakibatkan kejang otot dan boleh membawa maut. Bahaya jangkitan tetanus ni,
so kalau doktor cakap kita bakal kena injection anti-tetanus, dapatkan vaksin
tersebut mengikut tarikh temujanji kita. Aku tahu pasal suntikan ATT ni pun
melalui pembacaan kat Buku Pink Ibu Mengandung. Buku ni semua wanita hamil ada. Banyak maklumat
dalam tu.
Berapa
Kali Ibu Hamil Dapat Suntikan
Anti Tetanus
Sekiranya pertama kali hamil, ibu
mengandung akan di beri 2 kali suntikan anti-tetanus
dan untuk kehamilan seterusnya hanya diberi sekali suntikan sahaja.
Hamil Berapa Minggu Suntikan Anti Tetanus Diberi Ibu Mengandung
Pemberian suntikan anti tetanus
untuk ibu mengandung, aku rasa berbeza bagi setiap individu. Ada yang aku baca
usia kandungan 5 bulan baru mereka dapat suntikan ni. Untuk aku sendiri lak,
kali pertama dapat suntikan anti tetanus ketika kandungan aku 12 minggu. Suntikan ke 2 aku dapat masa
aku hamil 16 minggu.
Suntikan Anti Tetanus Sakit Atau Tidak ???
Biarlah aku berterus-terang, suntikan
anti tetanus ni memang sakit. Masa misi tu cucuk jarum kat bahu aku, punya
la lama aku rasa. Rasa sakit tu menyerap ke dalam. Aku siap tanya kat misi tu
lagi. Kena injection ATT ni memang sakit macam ni ke? Si misi yang baik
hati tu pun jawab, ya. “Ni ok lagi, sebab vaksin ni sejuk dalam peti ais. Kalau
ia tak sejuk, lagi rasa sakit masa kena cucuk”.
Kesan Suntikan Anti Tetanus
Sesetengah orang bila dapat suntikan
ATT ni sampai demam jadinya, mengalami alergi. Untuk diri aku pulak, so far
alhamdulillah semuanya ok. Cuma rasa sakit kat bahagian bahu yang kena cucuk tu
je la. Kemudian, ada bengkak sikit, kengkadang rasa gatal kat bahagian bengkak
kena cucuk jarum tu. Rasa sakit tu boleh dirasai sehingga seminggu lamanya. Rasa
penat kat tangan. Lepas seminggu, semua dah ok. Oh ya, yang misi tu pulak dia
kata dia terus terdemam bila dapat injection ATT. Means aku kuat sikit dari
dia. Hihihi…
Selain dapat suntikan ATT, ibu
mengandung kena buat ujian gula dalam darah. Perkongsian info boleh baca kat bawah
ni:
Aisyah baru je dpt suntikan ni last week... misi bgtau, suntikan ni diorang akan bg once kita dah rasa baby gerak... so ikut je la, sbb 1st time preggy kan..hehe..Inshaa Allah checkup next month..suntik yg 2nd time punye pulak..
ReplyDeletesaya punya dah lepas..yey
Deletepertama kali suntik anti tetanus ni memang sakit
kali kedua inject att dah ready. So x sakit sangat
awalnye yumida kena injection...sy msa ank 1st tu masa usia 5bulan dan 7bulan baru kena inject.. yg no.2 ni belum ada hint lg drp nurse..dia rasa ngilu masa ubat tu masuk, lps dh hbs ubat tu ok je.tp mmg skt sikit lebih skt drp amik darah kat lengan hehehe
ReplyDeleteMasa vaksin anti tetanus ni masuk terasa sangat
Deleteaah yumida awal aritu
hari pertama daftar kehamilan terus kena inject att
susah juga penjagaan ibu mengandung ni ye? abe kie follows your blog.
ReplyDeleteterima kasih sudi follow
Deletetu la baru tahu pasal suntikan anti tetanus
alhamdulillah banyak jugak dapat ilmu since dah mengandung ni
Adoi lemah tadi baru je kena suntikan tetanus ni... terus rasa badan sengal sengal dan letih... dah la kebas huhu....
ReplyDeleteWww.syafierayamin.com
Baru kena pagi semalam. Ari ni terasa lagi bengkak. Nak angkat tangan pun x boleh. Nurse dah pesan suh amik mc kalau arini x ok. Malas pulak nak ke KK. Gagah je la keje.
ReplyDeletebaru je kena suntikan ni this week semasa 5 bulan hamil.. masa inject x sakit langsung, sy punya la dok tunggu bila nurse nk cucuk sb sy x pandang haha takut jarum..sedar2 dah siap rupanya.(in fact sy rasa amik darah kat lengan cek HB tu lagi sakit hmm) tapi lepas inject, balik tu mmg rasa penat/lenguh/sengal kat area kena injection tu and berlarutan skrg dah 3 hari pun dok rasa lagi especially bila angkat tgn.
ReplyDeleteSaya da 30minggu tp tak kena jab ATT.mebbe sbb follow up kt private. Tp rasanya dulu form 3/4 da pernah kena. Sy ingat ada 4 suntikan yg pernah dpt rubella, bcg, Tetanus dan hepatitis B. Pneumococol pun da amik.
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM.
ReplyDeleteMOHON COPY INFO YE.
Suntikan tetanus ni memang sakit rasa pedih tu seharian.. tapi apa bole buat sabar sajalah demi kesihatan.. tu ja yg mampu :)
ReplyDeleteSaya kena kesan lain pulak. semalam amek injection... pagi ni dada rasa sempit. nafas pendek2.... nak gi hospital ni... doakan saya tak kena tahan...lagi 3 hari nak raya ni...uwaaaaaa
ReplyDeleteTadi baru je kena suntikan tetanus ni..sakit sikit je..tapi badan dah rasa lemau..effect dia kot..
ReplyDelete