Pengenalan Blog uWish – Berkongsi Tips Ibu Hamil

As salam rakan pembaca, Alhamdulillah terbinanya blog baruku yang dikenali uWish. Dengan blog baru ni, aku nak berkongsi pengalaman hamil bersama pembaca, berkongsi tips hamil, tips wanita mengandung, segala macam perihal kehamilan dan kisah menjadi ibu.

Syukur ke hadratNya, aku diberi nikmat oleh Yang Maha Esa untuk merasai pengalaman orang mengandung. Pengalaman yang sangat berharga bagi diriku! Moga dipermudahkan segala urusan kehamilanku ni dan dipermudahkan jugak semasa bersalin nanti. Teruja nak jadi ibu!!!! Moga baby dalam keadaan sihat walafiat dan sempurna.


Pengenalan blog Umi Wish – berkongsi tips ibu hamil, blogger Umi Wish, blog berkongsi tips hamil, tips mudah mengandung, tips menjadi ibu bapa, tips menjaga anak, urine pregnancy test (UPT), ujian kehamilan, pengalaman mengandung, makna wish, harapan, gambar kereta Toyota Wish
Kredit foto ibu Hamil memboyot

Actually aku ada blog sebelum ni. Memandangkan dah terlalu banyak topik rojak dalam blog tu, so aku pun bina blog baru ni. Khas tentang perihal menjadi ibu dan berkongsi tips hamil dengan pembaca. Plus tentang hiburan santai, informasi terkini. 

Untuk blog baru ni, bakal aku buat kesemua laman sosial nanti. Dah siap buat, aku share kat sini k. Oh ya sempena nama blog ni: uWish tercipta sebab utamanya ada nama aku kat situ. Then perkataan ‘wish’ di ambil sebab ia melambangkan 2 perkara bagi aku.

Wish – harapan
Selepas disahkan hamil, aku sangat teruja, pasal aku punya harapan tinggi nak punya baby sendiri. 6 tahun tempoh menunggu keputusan urine pregnancy test (UPT) a.k.a ujian kehamilan bertukar jadi positif, akhirnya tercapai. Alhamdulillah, akhirnya doaku termakbul.

Wish – kereta Toyota Wish
Kenderaan yang kami guna adalah Toyota Wish. Ngam pulak dengan membawa tema harapan. 

Pengenalan blog Umi Wish – berkongsi tips ibu hamil, blogger Umi Wish, blog berkongsi tips hamil, tips mudah mengandung, tips menjadi ibu bapa, tips menjaga anak, urine pregnancy test (UPT), ujian kehamilan, pengalaman mengandung, makna wish, harapan, gambar kereta Toyota Wish


Harapanku agar apa yang aku kongsikan kat sini menjadi manfaat buat orang lain. Info rujukan kehamilan, buat sesiapa yang tercari-cari bahan bacaan bab ibu pregnant, yang nak tahu pengalaman mengandung on so on.


Selamat datang ke blog baruku: uWish. Nanti kita berborak lagi perihal orang perempuan, hal rumah tangga, hal anak, hal blablabla.. Bebelan perempuan memang tak pernah habis kannn..


Pengenalan blog Umi Wish – berkongsi tips ibu hamil, blogger Umi Wish, blog berkongsi tips hamil, tips mudah mengandung, tips menjadi ibu bapa, tips menjaga anak, urine pregnancy test (UPT), ujian kehamilan, pengalaman mengandung, makna wish, harapan, gambar kereta Toyota Wish

Blogger uWish

7 comments:

  1. Tahniah tahniah tahniah kak! Jaga diri elok3.

    ReplyDelete
    Replies
    1. makasih CX
      tahniah jugak kat CX sebab bakal jadi ibu
      moga dipermudahkan urusan kehamilan kita dan bersalin kelak

      Delete
    2. Alhamdulillah kak :) jg diri baik2 ya. :)

      Delete
    3. wokeh. u too cx :)

      Delete
    4. Congratz kak and all the best. hehe. Anyway, free2 jemput datang blog i utk info2 kekal fit dan slim.

      >>>Slim & Fit SemulaJadi ! <<<

      Delete
  2. Replies
    1. tahniah jugak pada akak
      rasanya usia kandungan kita sama
      mungkin saya lambat seminggu macam tu
      coz ada terbaca kat blog akak gak pasal hamil tu

      Delete