Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Hamil 10 Minggu

Tempoh kehamilan sudah memasuki minggu kesepuluh mengandung. Tulang belakang bayi sudah dapat dilihat. Ketahui kondisi janin sepanjang mengandungkan bayi di dalam rahim kita? Ikuti perkembangan bayi dalam kandungan dari minggu ke minggu.

Minggu Kesepuluh Hamil

Hamil 10 minggu, ibu mengandung dinasihati untuk makan 4 pil yang penting sepanjang kehamilan antaranya pil asid folik, vitamin B, vitamin C dan pil iron tablet.

Info Kehamilan: Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Hamil 10 Minggu

Pada usia fetus (bayi) 10 minggu, saiz bayi adalah 3sm dari hujung kepala ke punggung dan berat fetus kurang daripada 4 gram. Bayi ketika ini giat menelan dan menendang. Kuku dan rambut bayi mula tumbuh. 

Perkembangan bayi dalam kandungan hamil 10 minggu, perkembangan fetus bayi ibu hamil 10 minggu, hamil minggu kesepuluh mengandung, tanda hamil usia 10 minggu, kondisi keadaan ibu hamil umur kandungan minggu ke 10, bila tarikh mengandung, gambar bayi fetus 10 minggu, tips menjaga kehamilan ibu mengandung, bayi boleh dikesan dengan imbasan ultrabunyi / ultrasound (USG)

Organ penting meliputi hati, ginjal, usus, otak dan paru-paru bayi telah terbentuk lengkap dan berfungsi di usia kandungan 10 minggu. Menerusi imbasan ultrabunyi (ultrasound USG) rangka tulang belakang bayi dapat dilihat di dalam rahim. Kredit: Perkembangan Fetus Hamil: 10 Minggu

Keadaan Ibu Hamil Ketika Umur Kandungan 10 Minggu

Kondisi ibu mengandung semasa umur kandungan 10 minggu, ibu hamil akan mengalami selera makan yang meningkat. Jika sebelum ini ibu hamil kerap mual, loya dan muntah akibat alahan mengandung tetapi di minggu 10 kehamilan, ibu hamil mempunyai selera makan yang baik. Bila nafsu makan meningkat, ia akan diiukti oleh penambahan berat badan ibu hamil.

Tips Menjaga Kehamilan Ibu Mengandung

Ibu hamil dinasihati untuk makan lebih banyak buah-buahan untuk mendapat tenaga. Banyakkan berehat. Tidur awal di waktu malam agar mendapat kesihatan yang baik sepanjang kehamilan.

Minum banyak air putih sekitar 8 gelas atau lebih dalam sehari.  Amalkan minum susu ketika hamil. Susu penting untuk gigi dan tulang bayi yang sedang berkembang di dalam rahim ibu hamil.

Elakkan makan makanan yang mengandungi manis berlebihan, elak makanan berminyak, lebihkan pengambilan sayur-sayuran hijau sepeti pucuk paku, sayur cangkuk manis, bayam dan sebagainya.


Perkembangan Bayi Dalam Kandungan (Mengandung 2 Bulan)

Tahniah jika anda telah hamil. Jaga diri sepanjang kehamilan anda k. Merasai pengalaman mengandung adalah anugerah istimewa buat wanita bakal bergelar ibu.

3 comments:

  1. alhamdulillah..akhirnya akak tau jugak berita gembira ni..patutlah ada perasan kat satu komen umi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi sampai jugak akak kat blog baru saya
      terima kasih sudi berkunjung
      aah blog ni berkongsi pasal info kehamilan
      blog lama rojak sangat

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete